PORT DICKSON:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM8.9 juta bagi kerja penyelenggaraan dan membaik pulih kemudahan pelancongan di tiga lokasi di dalam negara.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata daripada jumlah itu sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi kawasan Hulu Selangor, Selangor; RM2 juta untuk Kota Tinggi, Johor dan RM1.9 juta bagi Port Dickson, Negeri Sembilan bertujuan menjana pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan berkenaan.
Katanya, peruntukan itu adalah menerusi peruntukan Bahagian Pembangunan 1 iaitu projek-projek kecil di kawasan PBT dengan tumpuan diberikan kepada lokasi pelancongan.
"Kita mahu tumpukan di kawasan pelancongan yang mendatangkan hasil kepada PBT, di Port Dickson kita peruntuk RM 1.9 juta memandangkan ia bandar pelancongan membabitkan 11 pantai dengan beberapa tema termasuklah 'urban, leisure dan sports beach'.
"Pada peringkat permulaan, peruntukan itu adalah bagi kerja menaik taraf gerai, kawasan riadah dan medan selera," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama bahagian Penggerak Komuniti Tempatan Negeri Sembilan, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha membangunkan kawasan peranginan tepi pantai berkenaan.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Port Dickson di Kuala Lukut yang terbengkalai sebelum ini akan diteruskan dan dijangka siap 30 Jun ini membabitkan 659 unit rumah.
"Sepatutnya projek itu siap pada Disember tahun lepas, tetapi oleh kerana isu COVID-19 dan sebagainya, kita di bawah akta COVID-19 ada pelepasan sebanyak 167 hari...insya-Allah siap 30 Jun, akan dapat penyerahan kunci nanti," katanya.
Katanya, projek berkenaan secara purata telah siap 75 peratus selain turut mendapat permohonan sepenuhnya daripada orang ramai dan 80 daripada permohonan itu telah mendapat kelulusan pembiayaan daripada bank.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM6.5 juta telah diperuntukkan bagi membaiki cerun runtuh yang berlaku di Taman Desa Rusa, Port Dickson, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021

Peruntukan itu adalah menerusi peruntukan Bahagian Pembangunan 1 iaitu projek-projek kecil di kawasan PBT dengan tumpuan diberikan kepada lokasi pelancongan. -Gambar fail
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892747/18324770301614385628411_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi​ 27 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. MASkargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin COVID-19 Sinovac. 2. Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok. #AWANInews​ #HapusCOVID19

300,000 dos vaksiin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac dijadualkan tiba di KLIA melalui pesawat MH319.

Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | WTO gesa hapuskan perlindungan harta intelek
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menghapuskan perlindungan harta intelek vaksin COVID-19. Ini bagi membolehkan negara anggota untuk menghasilkan lebih banyak vaksin dan perkongsian dalam usaha memerangi pandemik itu.

Vaksin COVID-19 | 300,000 dos vaksin Sinovac tiba hari ini
Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran china dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9 pagi ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke klia menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MASKargo Sdn Bhd (MASKargo).

Kecurian Vaksin | Pesuruhjaya Kesihatan siasat kes di Tennessee
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan. Ini berikutan dakwaan terdapat sukarelawan menyuntik vaksin kepada dua kanak-kanak walaupun mereka masih bawah umur.

Vaksin COVID-19 | MASKargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin Sinovac
Pengalaman menguruskan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-Biontech pada Ahad lepas, menjadikan pasukan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) lebih bersedia untuk mengendalikan kedatangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada Sabtu.

Vaksin | KKM harap NPRA beri kelulusan dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memberikan kelulusan bersyarat dalam masa terdekat kepada empat lagi syarikat pengeluar vaksin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin berkenaan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); CanSinoBIO; AstraZeneca; serta Sputnik V masih dalam penilaian NPRA, setakat ini.

COVID-19: Penularan di AS masih membimbangkan
Ketua Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memaklumkan peningkatan jumlah kes sembuh COVID-19 baru-baru ini mungkin akan terhenti. Dr rochelle walensky menjelaskan, CDC kini masih meneliti data kes COVID-19 yang dilaporkan sejak tiga hari lalu.

SPM | Jadual peperiksaan sesi petang dilewatkan 15 minit
Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan.

Kajian rintis sistem pengurusan pelupusan kereta selama enam bulan
Kerajaan akan melaksanakan satu kajian rintis selama enam bulan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar.

Kajian pelupusan kereta terbiar, usang akan dilaksana - KPKT
Kajian akan dilaksanakan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik oleh pihak

Isu rumah terbengkalai: Di mana hak pembeli?
Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi kebanyakan individu yang sekali gus bakal menjadi komitmen kewangan terbesar bagi sesebuah keluarga.

KPKT peruntuk RM8.9 juta bangunkan kawasan pelancongan, jana pendapatan PBT
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM8.9 juta bagi kerja penyelenggaraan dan membaik pulih kemudahan pelancongan di tiga lokasi di dalam negara.

KPKT bakal perkenal Dasar Pembangunan Semula Perumahan Awam
KPKT bakal memperkenalkan Dasar Pembangunan Semula Perumahan Awam bagi membolehkan rumah baharu yang lebih selesa dibina menggantikan kediaman yang sudah terlalu lama.

Kerja pembaikan dijalankan di PPAM Melinjau, kos ditanggung pemaju
Beberapa ratus unit rumah terjejas telah siap dibaiki manakala 127 unit lagi masih belum selesai yang melibatkan pelbagai kerosakan seperti struktur dan reka bentuk yang tidak menepati standard.

Highland Towers: Pengindahan kawasan mampu ubah stigma masyarakat
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View mengalu-alukan rancangan tersebut.

Tun Musa Hitam harap kerajaan bina tugu peringatan di tapak Highland Towers
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyeru agar tapak tragedi Highland Tower diwartakan sebagai tugu peringatan.

Highland Towers jadi tapak bersejarah, bukan tugu peringatan - Zuraida
KPKT tidak berhasrat membina tugu peringatan di tapak berkenaan seperti dilaporkan media.

KPKT rancang bina tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers yang terbiar sejak 27 tahun lalu.