awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT rancang laksana MOVAK Outreach 2.0

Bernama
Bernama
03/10/2021
12:40 MYT
KPKT rancang laksana MOVAK Outreach 2.0
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang untuk melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach 2.0 dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang untuk melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach 2.0 dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata program tersebut menyasarkan golongan penduduk yang belum divaksin COVID-19 di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuk golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun.
"Program MOVAK Outreach 1.0 merupakan inisiatif bersama KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara yang digerakkan ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia bagi mewujudkan ekosistem sokongan dalam mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada komuniti.
"Hingga kini, ia telah dilaksanakan di tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pihak KPKT akan meneliti keperluan untuk memperluas program ini ke negeri lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin sempena program penutup MOVAK Outreach 1.0 di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Secara keseluruhan, Ismail berkata sebanyak 84,868 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan MOVAK Outreach 1.0 yang bermula 23 Ogos lepas.
Beliau berkata 12 bas penumpang yang diubah suai berdasarkan spesifikasi dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah digunakan sebagai Unit Vaksinasi Bergerak (MVU) yang menjadi imej utama pelaksanaan program itu.
Katanya KPKT telah membelanjakan RM3.4 juta untuk pelaksanaan MOVAK Outreach 1.0 yang memfokuskan pemberian vaksin kepada golongan sasaran seperti penjaja dan peniaga kecil termasuk penjaja pasar malam, pasar tani, komuniti PPR, masyarakat bandar luar bandar, kampung tradisional serta perkampungan Orang Asli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#MOVAK Outreach
#Mobilisasi Vaksin Komuniti
#vaksin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan