awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPLB teruskan program PPRT di Kelantan - Rina Harun

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/11/2018
10:59 MYT
KPLB teruskan program PPRT di Kelantan - Rina Harun
RINA: Kementerian sekarang dalam proses akhir supaya kos rumah dikurangkan tanpa menjejaskan keluasan dan kualiti rumah. - Gambar fail
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus membina program perumahan rakyat termiskin (PPRT) bagi golongan bawah paras kemiskinan di Kelantan.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, untuk itu sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk membina 190 unit PPRT dan 1,094 rumah dibaik pulih pada tahun hadapan.
Katanya, dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru baru ini, KPLB memperuntukkan RM210 juta untuk tujuan pembangunan di Kelantan.
“Kementerian sekarang dalam proses akhir supaya kos rumah dikurangkan tanpa menjejaskan keluasan dan kualiti rumah. Pada tahun 2019, 190 buah unit (akan dibina) dan 1,094 buah akan dibaik pulih,” ujar beliau.
Beliau menjelaskan tahun 2017, sejumlah 138 unit rumah PPRT telah dibina dengan peruntukan lebih RM7 juta manakala 320 unit lagi dibaik pulih melibatkan peruntukan lebih RM11 juta.
Terdahulu, beliau merasmikan projek naik taraf jalan Kampung Berdang ke Kampung Sungai Rual, di sini. Jalan sepanjang 5.6 kilometer bagi fasa kedua ini siap tahun lepas dengan kos RM85 juta.
Jalan berkenaan akan memendekkan jarak perjalanan penduduk dan dapat merancakkan ekonomi dan industri hiliran penduduk.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#Kelantan
#KPLB
#perumahan
#peruntukan
#pprt
#Rina Harun
#rumah kos rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan