awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM akan benarkan pertukaran guru sepanjang tahun - Radzi Jidin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/08/2021
02:52 MYT
KPM akan benarkan pertukaran guru sepanjang tahun - Radzi Jidin
RADZI: Sebelum kita menempatkan 18,702 orang guru baharu daripada pengambilan 'one-off' ini, kita akan cuba menyelesaikan sebanyak mungkin permohonan pertukaran untuk tahun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membentangkan garis panduan baharu bagi permohonan pertukaran guru tidak lama lagi.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, garis panduan ini akan menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas 1975 Panduan bagi Pertukaran Guru-Guru.
"Dalam garis panduan baharu ini, banyak penambahbaikan yang kita perkenalkan, antaranya ialah kita akan membenarkan permohonan pertukaran guru sepanjang tahun.
"Banyak lagi penambahbaikan dalam konteks pertukaran guru ini, KPM akan memberikan penjelasan lanjut tidak lama lagi untuk menyelesaikan isu pertukaran guru telah berlarutan sekian lama.
"KPM telah meneliti dan memperhalusi dengan mendalam perkara ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik," katanya dalam muat naik di Facebook hari ini.
Radzi berkata, beliau menerima banyak permohonan berkaitan pertukaran guru yang berharap agar permohonan pertukaran 2021 diproses seiring dengan pengambilan guru baharu secara 'one-off' yang telah diumumkan KPM.
"Sememangnya itulah hasrat KPM, iaitu sebelum kita menempatkan 18,702 orang guru baharu daripada pengambilan 'one-off' ini, kita akan cuba menyelesaikan sebanyak mungkin permohonan pertukaran untuk tahun 2021.
"Namun begitu terdapat beberapa perkara utama yang kita ambil kira dalam memertimbangkan sebarang permohonan pertukaran," ujarnya.
Kata Radzi, faktor pertama yang dipertimbangkan dalam pertukaran guru ialah kekosongan jawatan di negeri yang dipohon dan keduanya keperluan opsyen di negeri yang dipohon.
"Katakan ada kekosongan jawatan di negeri tersebut, tapi tiada kekosongan atau keperluan opsyen di negeri tersebut maka permohonan pertukaran dalam konteks ini amat sukar untuk dipertimbangkan.
"Kita sedar cabaran dihadapi guru dalam konteks permohonan pertukaran ini dan pihak KPM telah meneiliti permohonan peetukaran guru ini secara menyeluruh," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#garis panduan
#pertukaran guru
#guru
#Surat Pekeliling Ikhtisas 1975
#KPM
#surat pekeliling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan