Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.
Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.
"Saya sangat kesal dengan pemilihan tajuk debat ini yang langsung tidak memberi sebarang pertimbangan menjaga sensitiviti beragama di Malaysia, apatah lagi dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan disertai juga oleh orang Islam.
"Saya mendesak Menteri Pendidikan mengambil tindakan kepada penganjur walaupun mereka telah memohon maaf, kerana kini sudah menjadi corak merobek sensitiviti agama Islam dan kemudian minta maaf," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Zainul Rijal, tajuk yang diberikan penganjur boleh menjejaskan akidah apabila suatu pihak terpaksa menyokong atau menentang tajuk itu.
"Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main, difikir secara secara hipotetikal ataupun sengaja berbahas semata mencari kemenangan walaupun ia batil.
Sementara itu menerusi tangkap layar grup WhatsApp bernama IbuBapa F5 SMAPK 2017 memaparkan perbualan berkaitan isu tersebut.
"Semalam (Isnin) telah berlangsung Debat Piala Tun Razak. Debat ini menggunakan tajuk homoseksual (topik dua dan tiga). Tajuk debat ini mengatakan bahawa Islam tidak menghalang homoseksual.
"Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam debat bagi pelajar sekolah. Dalam situasi ini seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang telah dipaksa menyokong tajuk tersebut.
"Seorang pelajar beragama Islam terpaksa mendokong tajuk menulis semula al-Quran. Apa logik di sini?" soalnya.
Menerusi tangkap layar itu juga, ia turut mendakwa perkara itu sebagai satu bentuk penindasan dalam kebebasan beragama.
"Ajaran liberalisme melampau telah meracuni sistem pendidikan kita. Anak kita tidak sepatutnya dipaksa mendokong topik seperti ini.
"Pasukan debat SMAPK tarik diri dalam pertandingan itu apabila kena tajuk ini," katanya.
Menerusi ruang sembang aplikasi itu juga, perkara berkenaan telah dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melalui Setiausaha Politik dan Pegawai Khasnya.
"Kita serah kepada pihak bertanggungjawab. Mereka ada kuasa dan kapasiti," katanya.
Sementara itu juri bagi pertandingan tersebut melalui satu kenyataan berkata, meminta maaf kepada pihak terlibat terhadap apa yang berlaku.
"Kami dan jawatankuasa Piala Tun Razak 2019 akan mengambil perkara ini sebagai pengajaran bagi memastikan pada pertandingan akan datang ia tidak berulang," katanya.
Sinar Harian
Tue Oct 15 2019
Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main, difikir secara secara hipotetikal ataupun sengaja berbahas semata mencari kemenangan walaupun ia batil, kata Zainul Rijal (kiri). - Foto Sinar Harian
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid
Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen.
Isu Debat Piala Tun Razak: Keterlibatan dua pelajar UiTM di luar pengetahuan institusi itu
Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, ini kerana, pihak penganjur telah menghubungi kedua-dua individu berkenaan secara terus untuk menjadi 'adjudicator' pertandingan.
Kementerian Pendidikan teliti ambil tindakan terhadap juri, panel debat
Hasil siasatan mendapati Ketua Juri iaitu Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, selaku panel pemilih usul, tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari sekolah terbabit.
Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, negara perlu dipelihara daripada pihak atau individu yang cuba menggugat keharmonian bangsa dan agama.
KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.