awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tular video bergaduh di restoran: Kes selesai cara baik - Polis
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
Rebooz Hydrogen Technology pemenang minggu ketiga Innovathon 3
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM dirayu lihat permasalahan dihadapi warden sekolah - NUTP

Bernama
Bernama
30/09/2020
20:37 MYT
KPM dirayu lihat permasalahan dihadapi warden sekolah - NUTP
Tan berkata bayaran elaun yang diterima RM240 juga tidak setimpal dengan tugas yang dilaksanakan, menyebabkan kebanyakan guru menolak menjadi warden. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) merayu agar Kementerian Pendidikan (KPM) melihat permasalah dihadapi guru yang memegang jawatan sebagai warden.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata tugas warden sekolah sangat berat dan perlu banyak kesabaran dalam menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa mengira masa.
Katanya apabila murid sekolah mula bersekolah semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mereka (warden) tidak dibenarkan balik ke rumah walaupun dalam jangka masa pendek, malah tidak dibenarkan bercuti atau ke mana-mana dalam tempoh itu.
"Skop tugas warden, jika dihitung waktu bertugas mereka adalah melebihi 18 jam sehari, berbeza bagi guru biasa yang mula bekerja dari pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
"Warden bukan sahaja menjalankan tugas memantau murid tetapi terpaksa menjalankan kerja hakiki mereka iaitu mengajar. Dalam pada itu, warden juga tiada masa beriadah bersama keluarga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tan berkata bayaran elaun yang diterima RM240 juga tidak setimpal dengan tugas yang dilaksanakan, menyebabkan kebanyakan guru menolak menjadi warden.
"Guru yang memegang jawatan warden akan disediakan dengan kemudahan rumah, namun perlu disedari rumah yang disediakan didiami oleh pelbagai bilangan guru dan bersilih ganti.
"Terdapat juga rumah yang disediakan terlalu usang dan perlu diperbaiki. Dalam urusan untuk membaiki rumah itu juga mengambil masa yang terlalu lama disebabkan peruntukan yang tidak mencukupi," katanya.
Katanya NUTP juga ada menerima permasalahan berkaitan warden yang menduduki rumah yang telah dihapus kira tetapi terpaksa membayar balik Imbuhan Tetap Perumahan yang diterima sepanjang menduduki rumah berkenaan.
"NUTP amat berharap pihak atasan KPM dapat mengkaji semula permasalahan ini dan elaun yang diterima oleh mereka yang memegang jawatan warden setimpal dengan tugas yang diberikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPP
#guru
#sekolah
#keluarga
#rumah
#warden
#sabar
#Amanah
#waktu bertugas
#skop tugas
#PKP
#cuti
#balik rumah
#memantau
#mengajar
#masalah
#elaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan