SHAH ALAM:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka, terutamanya kepada murid yang kurang mampu serta yang tidak mempunyai capaian internet yang baik di rumah.
Pandangan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia, Profesor Dr Omar Yaakob yang bimbang dengan situasi menimpa sebilangan besar murid ketika menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Beliau berkata, generasi yang tersisih tersebut perlu dipandang serius oleh KPM supaya tidak berlaku keciciran, lapor Sinar Harian.
“PdP secara bersemuka boleh dilaksanakan bukan hanya untuk kelas peperiksaan tetapi kepada semua kelas dengan kaedah bergilir-gilir di mana murid dibenarkan hadir ke sekolah secara bergilir.
“Misalnya Tahun Lima dan Enam pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, manakala Tahun Satu, Dua, Tiga pada hari Selasa dan Khamis sehingga keadaan benar-benar pulih.
"Giliran juga boleh dibuat mengikut minggu. Pendekatan berbeza perlu diusahakan bagi kawasan yang berlainan.
"Autonomi wajar diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dengan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat ubah suai proses Pendidikan, kurikulum dan PdP.
“Dengan itu, sekolah dapat diuruskan dengan lebih optimum,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Omar berkata, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah waktu pelajaran, sukatan hendaklah dilaksanakan mengikut kemampuan murid.
Pensyarah Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Che Hasniza Che Noh berpendapat guru dan ibu bapa perlu lebih kerap berhubung dan berinteraksi bagi melancarkan proses PdPR.
Katanya, media sosial boleh dijadikan sebagai medium komunikasi di antara guru dan ibu bapa bagi mengetahui pencapaian anak-anak serta perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
“Kita masih belajar macam mana nak sesuaikan dengan situasi yang baharu.
“Tapi dengan PKP 2.0 sepatutnya kedua-dua pihak sudah bersedia dan boleh menerima kaedah PdPR sekarang ini.
“Perkara itu juga perlu lebih sistematik dari segi penjadualan dan pemantauan,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Annuar Ahmad menyifatkan pembelajaran melalui televisyen jperlu diberi keutamaan berbanding menggunakan internet.
Jelasnya, penggunaan televisyen perlu dibuat secara berjadual memandangkan akses pembelajaran daripada medium itu boleh mencecah hampir 90 peratus berbanding gajet kerana sebanyak 39.6 peratus pelajar tidak mempunyainya.
“Kalau anak ramai mungkin yang sekolah rendah pagi dan menengah sebelah petang, asalkan ia berjadual dan semua mendapat peluang,” jelasnya.
Astro Awani
Tue Jan 26 2021

KPM) disaran menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka, terutamanya kepada murid yang kurang mampu serta yang tidak mempunyai capaian internet yang baik di rumah. -Gambar hiasan/Sinar Harian

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Aktiviti berbasikal: Waspada laluan jalan curam di laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands sememangnya sesak dengan kenderaan selain curam.

Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.

Mahkamah | Buli junior: Empat pelajar mengaku bersalah
Empat pelajar lelaki sebuah sekolah di Seremban dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera ke atas pelajar tingkatan satu pada dua minggu lalu. Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap dibacakan dihadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Pemilihan PKR 2022: Lapan cabang undi semula akhir bulan ini, keputusan ditangguh - JPP
Pengundian semula di lapan cabang tersebut disebabkan beberapa masalah termasuk masalah teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Kerajaan perlu tingkat peluang OKU dalam bidang perguruan
Terdapat seramai 1,079 guru OKU terlibat dalam sistem pendidikan negara ketika ini.

Tawaran 2,400 guru COS diumum SPP sebelum 31 Mei - Radzi
Pengambilan guru COS itu bagi memenuhi keperluan asas pengambilan tenaga yang diperlukan.

Isu guru COS, KPM sedang ambil tindakan sewajarnya
Datuk Radzi Jidin berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas proses berkenaan selesai.

Tambah baik STAM: KPM, Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir muktamad pindaan perjanjian - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada.

Bangunan tambahan SJKC Khai Chee dibina tanpa kelulusan KPM
KPM memaklumkan permohonan yang lengkap perlu memenuhi tiga syarat ditetapkan kepada LPS bagi membolehkan pertimbangan sewajarnya dibuat.

Seramai 85,700 calon akan duduki SPM sesi kedua
Seramai 85,700 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki peperiksaan sesi kedua yang dijadualkan pada 5 April hingga 19 Mei ini.

KPM perkenal kluster mata pelajaran dalam pengambilan guru secara 'one-off'
Langkah itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.

KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Isu guru 'one-off' digagalkan: KPM arah SPP perbaiki cara pengambilan
Pada Jun tahun lalu, KPM umum akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara 'one off' untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini.