MALAYSIA
KPM laksana beberapa langkah penting pastikan isu keselamatan di sekolah terpelihara
Mohd Azam berkata audit itu memberi tumpuan kepada pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) yang terkait dengan aspek keselamatan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan isu keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan kementerian itu terpelihara, antaranya melaksanakan audit keselamatan di semua institusi pendidikan termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan asrama harian.
Ringkasan AI
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata audit itu memberi tumpuan kepada pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) yang terkait dengan aspek keselamatan.
"Hasil laporan audit ini akan dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi KPM dalam tempoh tiga bulan. Kementerian juga akan menambah baik SOP keselamatan sekolah dan langkah-langkah bagi menangani isu disiplin termasuk salah laku buli di semua institusi pendidikan KPM.
"SOP dan garis panduan sedia ada akan dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan keperluan semasa dan akan datang," katanya.
Selain itu, Mohd Azam berkata sistem aduan sedia ada termasuk portal Aduan Buli akan direformasikan, dipermudahkan dan mempunyai pilihan anonim bagi melindungi identiti pengadu dan saksi.
Beliau berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa reformasi keselamatan institusi pendidikan KPM, bagi memastikan aspek keselamatan diperkasakan.
"Keahlian jawatankuasa ini melibatkan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), pakar pelbagai bidang, pihak polis dan Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS).
"KPM tidak berkompromi terhadap salah laku buli dan tindakan tegas mesti diambil termasuk menerusi hukuman gantung dan buang sekolah," katanya.
Mohd Azam berkata program intervensi 'Bangkit Bermaruah' yang menumpukan kepada aspek khidmat komuniti dan pembangunan sahsiah diperkenalkan khusus untuk murid yang digantung sekolah.
"Pentadbir, guru serta pegawai di pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri yang tidak menguruskan aduan buli berdasar kepada garis panduan sedia ada akan dikenakan tindakan.
"Aspek sokongan psikososial terus diperkukuhkan di setiap peringkat demi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah," katanya, menambah Guru Bimbingan dan Kaunseling berperanan penting dalam usaha pencegahan dan intervensi menangani salah laku buli.
Pada masa sama, Mohd Azam berkata KPM menyeru semua pihak untuk bekerjasama menangani salah laku buli secara menyeluruh dan bersepadu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Audit keselamatan akan dijalankan KPM di semua institusi pendidikan termasuk SBP dan asrama harian, dengan fokus kepada pematuhan SOP.
- Portal Aduan Buli akan dipermudahkan dengan pilihan anonim, manakala jawatankuasa reformasi keselamatan melibatkan pelbagai pihak termasuk NGO dan polis akan ditubuhkan.
- Hukuman gantung dan buang sekolah akan dikenakan terhadap pelaku buli, program 'Bangkit Bermaruah' diperkenalkan untuk murid digantung.