MALAYSIA
KPM laksana budaya sifar toleransi tangani isu buli di sekolah

Wong (foto) berkata KPM mempunyai garis panduan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan prosedur yang telah ditetapkan bagi menangani kes buli dengan sewajarnya. -Gambar fail/Bernama
TAIPING: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan budaya sifar toleransi terhadap sebarang kejadian buli di sekolah, kata Timbalan Menterinya Wong Kah Woh.
Ringkasan AI
- KPM melaksanakan dasar sifar toleransi terhadap kejadian buli di sekolah dengan garis panduan khusus melalui Surat Pekeliling Ikhtisas.
- Timbalan Menteri Wong Kah Woh menekankan usaha membanteras buli memerlukan kerjasama berterusan antara KPM, JPN, PPD, ibu bapa dan masyarakat.
- Beliau menyampaikan kenyataan tersebut semasa merasmikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama.
"Kerjasama daripada KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting supaya kejadian buli dapat dibanteras pada semua peringkat," kata beliau.
Wong yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama Tahun 2025.
Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan sambutan berkenaan yang diadakan di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami