awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM minta semua sekolah tingkatkan kerjasama tangani dadah bersama

Bernama
Bernama
08/02/2017
23:14 MYT
KPM minta semua sekolah tingkatkan kerjasama tangani dadah bersama
Mahdzir berkata, kementerian membenarkan AADK dan PDRM mengadakan ujian air kencing secara rawak di sekolah-sekolah jika mendapat laporan daripada Jabatan Pendidikan negeri. - Gambar fail
Semua sekolah diminta supaya meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membantu menangani masalah pelajar yang terlibat dengan dadah.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu juga dilihat dapat memastikan golongan pelajar terutama di sekolah rendah dan menengah diberi perhatian sepenuhnya.
"Mereka ini perlu dibantu oleh semua pihak, bukan sahaja ketika berada di sekolah tetapi juga selepas waktu persekolahan iaitu di rumah dan di persekitaran tempat tinggal.
"Jika keluarga murid-murid ini bermasalah sudah tentu murid ini bermasalah, maknanya agensi yang terlibat juga perlu melihat perkara ini," katanya selepas menutup Konvensyen Teori dan Aplikasi Kaunseling Peringkat Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Rabu.
Mahdzir berkata, pihaknya juga membenarkan AADK dan PDRM mengadakan ujian air kencing secara rawak di sekolah-sekolah jika mendapat laporan daripada Jabatan Pendidikan negeri terutama di kawasan-kawasan 'panas'.
"Saya bimbang dadah sintetik sekarang ini, kerana tidak susah untuk diperoleh dan boleh membuat tempahan menggunakan teknologi terkini, dan sebab itu kita kena tingkatkan kerjasama dengan semua pihak," katanya.
Mahadzir berkata demikian selepas mengulas kenyataan Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin bahawa agensi itu sedang memantau 26 buah sekolah di Kedah yang berisiko pelajarnya boleh terdedah dengan masalah dadah.
Konvensyen dua hari bermula 6 Feb lalu dianjurkan Kementerian Pendidikan, Pusat Pengajian Psikologi (SAPSP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) dan Majlis Guru Kaunseling Kedah.
Ia disertai 1,096 guru bimbingan dan kaunseling sekolah, kaunselor dan pengamal kaunseling di negara ini dan juga Indonesia dan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kedah
#Mahdzir Khalid
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan