awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian teliti semula keputusan berkaitan jumlah pengguna media sosial - Fahmi
Sindiket PMA tumpas, pegawai Imigresen antara 8 ditahan
Mahkamah tetapkan 26, 27 Mac dengar hujah pembelaan DSP Mohd Nazri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM nafi dakwaan 'scam' berhubung COS 2021 - Radzi Jidin

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
02/06/2022
13:32 MYT
KPM nafi dakwaan 'scam' berhubung COS 2021 - Radzi Jidin
Radzi berkata, menjadi tanggungjawab KPM ketika itu untuk membuka ruang lebih 18,000 jawatan berkenaan untuk diisi secepat mungkin oleh graduan. - Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara Contract of Service (COS) 2021 sebagai scam dan tidak telus.
Menteri Kanannya, Datuk Radzi Jidin berkata, sejak dari awal kekosongan 18,702 jawatan guru, keutamaan diberikan kepada graduan memiliki ikhtisas pendidikan kerana mereka sudah dilatih sebagai guru termasuk mempelajari pedagogi pendidikan.
Beliau berkata, jika wujud lebihan kuota atau kekosongan selepas perjawatan itu diisi oleh graduan ikhtisas pendidikan, barulah ia dibuka kepada graduan tanpa ikhtisas pendidikan.
"Apabila kita laksanakan pengambilan secara one-off menggunakan sistem kluster yang tidak pernah digunakan sebelum ini, tidak ada sesiapa tahu berapa ramai bekalan graduan pendidikan mengikut pelajaran yang ada di pasaran.
"Tanyalah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), KPM dan universiti... tidak ada sesiapa yang tahu. Oleh hal yang demikian, kalau kita tidak tahu dan kita hendak tunggu semua perkara ini selesai untuk graduan tanpa ikhtisas, proses ini akan menjadi lebih panjang... pada masa itu negara juga menghadapi pandemik COVID-19," jelasnya.
Unjuran bagi mengetahui keperluan tenaga pengajar
Tambah Radzi, menjadi tanggungjawab KPM ketika itu untuk membuka ruang lebih 18,000 jawatan berkenaan untuk diisi secepat mungkin oleh graduan.
Katanya, pihaknya telah berbincang dengan SPP untuk menyelesaikan isu pengangguran graduan ini dengan segera bagi membolehkan graduan mendapatkan pekerjaan dan sumber pendapatan.
"Namun, kalau kita ingin ambil guru COS tanpa ikhtisas pendidikan, kita hendak tunggu semua graduan pendidikan diterima, kita tidak tahu bekalan (jumlah).
"Jadi kita buat unjuran, berapakah unjuran guru dan mata pelajaran agak-agak diperlukan," katanya lagi.
Justeru, temuduga graduan tanpa ikhtisas pendidikan dibuat lebih awal sebagai langkah persediaan setelah selesainya pengambilan graduan ikhtisas pendidikan.
Graduan ikhtisas pendidikan diberi keutamaan
Tegas Menteri Kanan Pendidikan itu lagi, apabila kerajaan memutuskan untuk membuka pengambilan COS, keutamaan diberikan kepada graduan dengan ikhtisas pendidikan berbanding graduan tanpa ikhtisas pendidikan.
"Bagaimanapun, apabila selesai graduan ikhtisas, ada satu kumpulan graduan ikhtisas pendidikan ini sekitar 200 orang sudah selesai pengajian dan layak menurut SPP.
"Namun begitu apabila rakan-rakan yang lain sudah menerima jawatan tetap sebagai guru, mereka belum menerima surat daripada senat universiti.
"Ini tidak adil untuk menidakkan (hak) mereka, mereka sudah layak. Secara teknikal kita ambil mereka ini melalui COS dan tiada kaitan dengan mereka yang tiada ikhtisas pendidikan," katanya lagi.
Dari sudut pengambilan graduan tanpa ikhtisas pendidikan sebagi guru pula, KPM ujar Radzi lagi perlu mendapatkan kebenaran khusus daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum sebarang pengambilan dibuat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas KPM di Putrajaya pada Khamis.
Topic Berkaitan
#COS 2021
#KPM
#JPA
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan