awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM santuni pesara guru, pelajar dalam Ziarah MADANI

Bernama
Bernama
12/04/2025
15:45 MYT
KPM santuni pesara guru, pelajar dalam Ziarah MADANI
Sebanyak 330 penunggang motosikal berkuasa tinggi warga KPM menyertai Program Rides Ziarah KPM Bikerz MADANI hari ini. - Gambar Bernama
TAIPING: Sebanyak 330 penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Kementerian Pendidikan (KPM) menyertai Program Rides Ziarah KPM Bikerz MADANI di sini hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata program berkenaan merupakan program komuniti tahunan yang diadakan bagi menyemarakkan Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu dan Sambutan Hari Guru.
"Matlamat program KPM Bikers MADANI yang berbentuk komuniti ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penunggang warga KPM dari seluruh negara, di samping menyantuni warga guru serta pesara di sekitar kawasan yang diziarahi.
"Program Rides Ziarah KPM Bikerz MADANI pada petang ini akan menyantuni enam rumah pesara guru yang keuzuran serta menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan jasa pesara guru serta kebajikan mereka," katanya ketika ditemui selepas Flag Off Ziarah MADANI di Kolej Vokasional Taiping.
Selain itu, beliau berkata lawatan ke tujuh sekolah di sekitar Taiping bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) diadakan pagi tadi bagi memberi motivasi dan juga penjelasan berkaitan konsep gagasan Malaysia MADANI untuk dihayati oleh guru serta murid.
Sementara itu, Presiden KPM Bikerz Ismail Othman berkata program menziarahi pesara dan guru KPM yang mempunyai penyakit dan keuzuran itu bertujuan memberikan semangat kepada mereka.
Beliau berkata antara sekolah yang dilawati dalam program berkenaan ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Addiniah, Changkat Jering; Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian dan SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Changkat Jering.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#penunggang motosikal
#pesara guru
#tanda penghargaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan