KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM80 juta bagi menampung kos penyelenggaraan mana-mana sekolah yang berisiko dilanda banjir, ribut atau kecemasan seperti kebakaran pada tahun ini.
Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata kerja-kerja yang dilaksanakan merangkumi penyelenggaraan struktur dan bukan struktur bangunan, bumbung, pendawaian elektrik, pagar, longkang dan lain-lain penyelenggaraan kecil.
Bagi projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah yang telah lama diluluskan namun mempunyai isu pelaksanaan, beliau berkata KPM akan membuat penelitian dan perancangan semula dengan mengambil kira faktor seperti ketersediaan di tapak, keperluan pembangunan semasa dan kenaikan kos terkini projek agar tidak menjejaskan fungsi pembinaan tersebut.
"Kelewatan pelaksanaan projek bukanlah disebabkan oleh faktor peruntukan sebaliknya disebabkan oleh faktor lain seperti aksesibiliti, keperluan penyesuaian reka bentuk berdasarkan keadaan muka bumi di tapak dan faktor prestasi kontraktor," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Negara hari ini.
Menyentuh isu fasiliti tandas untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), Fadhlina berkata kementerian akan memberi fokus terhadap penyediaan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di sekolah bawah KPM.
Katanya KPM akan memastikan sekolah dapat memenuhi keperluan MBPK dengan memastikan penyesuaian munasabah dapat diberi termasuk mengubah kelas ke tingkat bawah, membenarkan murid menggunakan tandas guru sekiranya tiada tandas OKU serta menyediakan tanjakan mudah alih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata kerja-kerja yang dilaksanakan merangkumi penyelenggaraan struktur dan bukan struktur bangunan, bumbung, pendawaian elektrik, pagar, longkang dan lain-lain penyelenggaraan kecil. - Gambar fail/BERNAMA

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

KPM kembali beri fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

PISA 2022: Pencapaian merosot, keciciran pembelajaran ketika pandemik faktor utama
Skor purata murid Malaysia adalah lebih rendah daripada skor purata OECD bagi ketiga-tiga Literasi Matematik, Saintifik, dan Bacaan.

Tiga pendekatan baharu diperkenal dalam kurikulum persekolahan 2027
Kurikulum persekolahan 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah akan diperkenalkan pada 2026.

Lebih 300 kanak-kanak Orang Asli berjaya dipujuk untuk bersekolah
Sebanyak 373 kanak-kanak Orang Asli berjaya dipujuk untuk bersekolah di 15 buah sekolah di seluruh negara sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

SPM 2023: Ujian Amali Sains pada 5 hingga 7 Disember
Ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis ini.

Fadhlina, KPM mohon maaf susulan insiden larangan lagu Tamil
KPM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden itu, selain menyifatkan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

KPM tidak pernah halang nyanyian lagu tradisi - JPNPP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Pentaksiran PISA menilai tahap kompetensi murid, penting demi masa depan
Dapatan pentaksiran boleh digunakan untuk memantau trend dalam pemerolehan pengetahuan dan kemahiran murid berdasarkan demografi.

KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.

Kemudahan di SK Ulu Ansuan ditambah baik - KPM
Kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan.