awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah

Bernama
Bernama
14/11/2024
09:32 MYT
KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. - Gambar hiasan/PEXEL
KUALA LUMPUR: Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak, adalah antara keputusan penting yang dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sabah.

Ringkasan AI
  • Pengambilan guru baharu akan dipecahkan mengikut tiga wilayah: Semenanjung, Sabah, dan Sarawak, sebagai keputusan penting dalam Mesyuarat JTBPP Negeri Sabah.
  • Mesyuarat juga bersetuju memasukkan citra Sabah dalam kurikulum dan memberi fleksibiliti dalam penggunaan peruntukan bencana berdasarkan keperluan sebenar.
  • KPM meluluskan lima tuntutan tambahan daripada kerajaan Sabah, termasuk perancangan projek dan perkongsian data pendidikan, seperti yang diluluskan kepada kerajaan Sarawak.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Putrajaya pada Selasa lepas.
Selain itu, mesyuarat juga bersetuju memasukkan citra Sabah dalam kurikulum dan dasar pendidikan negara serta satu tututan baharu dikemukakan kerajaan Sabah berkaitan fleksibiliti dan autonomi dalam penggunaan peruntukan bencana berdasarkan keperluan sebenar atau kesegeraan.
"KPM bersetuju dengan tuntutan ini dan akan menambah baik prosedur pengendalian standard (SOP) sedia ada untuk perolehan kecemasan bagi menentukan peruntukan serta kaedah perolehan. Ini dapat membantu penyelesaian segera ketika bencana dan mengatasi isu-isu berbangkit," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut KPM meluluskan lima tuntutan tambahan dikemukakan kerajaan negeri itu seperti yang telah diluluskan kepada kerajaan Sarawak, iaitu melibatkan perancangan projek, perkongsian maklumat mengenai perpindahan pegawai kanan jabatan pendidikan negeri (JPN) ke ibu pejabat KPM dan perkongsian data pendidikan.
Pada Ogos lepas, media tempatan Sabah melaporkan Mohd Arifin sebagai berkata kerajaan negeri telah mencadangkan supaya citra sejarah Sabah dimasukkan dalam kurikulum sekolah bagi membolehkan pelajar menghayati fakta sebenar sejarah Negeri di Bawah Bayu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#pengambilan guru
#dipecah mengikut tiga wilayah
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan