awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2023
07:10 MYT
KPM teliti cadangan agih wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus
Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun pelajar sepenuhnya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun pelajar sepenuhnya.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, cadangan itu perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank.
"Cadangan ini adalah bagi memastikan insiden seperti ini tidak berlaku lagi. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai mekanisme mengatasi masalah pengurusan wang bantuan awal persekolahan agar isu kecuaian atau kecurian wang tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Pada 16 Januari lalu, seorang guru dilapor berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.
Hui Ying berkata, berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, Perkara 6 menyatakan pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank yang selamat dan mengikut peraturan semasa.
Katanya, antara peraturan tersebut pertamanya, pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar hendaklah diiringi oleh dua orang guru.
“Kedua, bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000 pengetua atau guru besar perlu mengambil langkah keselamatan tambahan.
“Ia seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan,” katanya.
Katanya, KPM sentiasa memberi taklimat secara berterusan bagi memastikan pengetua dan guru besar mematuhi tatacara kelola pengurusan wang di sekolah.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#bantuan awal persekolahan
#Dewan Rakyat
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan