awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
Mark Zuckerberg tawar AS$300 juta kepada penyelidik AI pindah ke Meta
MALAYSIA
Warga emas OKU cedera jatuh perigi buta
GADGETS
Threads kini mempunyai ciri permesejan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

KPN jamin kes langgar libatkan pegawai kanan dilakukan secara telus, adil

Bernama
Bernama
16/12/2023
05:18 MYT
KPN jamin kes langgar libatkan pegawai kanan dilakukan secara telus, adil
Razarudin berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah JSPT Bukit Aman. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis, di Meru, Ipoh semalam dijalankan secara telus dan adil.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.
"Saya beri jaminan siasatan kes ini dijalankan secara telus dan adil walaupun kes ini membabitkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut beliau, pegawai polis berkenaan kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.
Razarudin berkata setakat ini pihak polis telah merakam kenyataan tujuh orang saksi membabitkan pelajar sekolah terbabit yang melihat dan berada di tempat kejadian.
Pada masa sama, beliau meminta orang awam yang melihat kejadian terbabit dan mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.
Semalam, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.
Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan abdomen ekoran kemalangan itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#langgar pelajar hingga mati
#pegawai kanan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami