awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPNDHEP P.Pinang rampas pakaian berjenama tiruan bernilai RM55,120

Bernama
Bernama
05/02/2022
01:45 MYT
KPNDHEP P.Pinang rampas pakaian berjenama tiruan bernilai RM55,120
MOHD RIDZUAN: Ketika diserbu, terdapat dua lelaki warga asing berusia 30-an berada di premis itu dengan pelbagai pakaian yang menggunakan cap dagangan berdaftar yang disyaki palsu. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang merampas 4,012 helai pelbagai pakaian berjenama terkenal tiruan bernilai RM55,120 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Perai Jaya, di sini semalam.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata serbuan dibuat hasil aduan daripada syarikat jenama terkenal berkenaan dan pemeriksaan di premis perniagaan itu pada 11.30 pagi mendapati premis itu dijadikan stor menyimpan semua pakaian.
"Pemeriksaan itu dijalankan selepas pihak kami menjalankan risikan sejak seminggu lepas.
"Semasa serbuan dijalankan terdapat dua lelaki warga asing berusia 30-an berada di premis itu dengan pelbagai pakaian yang menggunakan cap dagangan berdaftar yang disyaki palsu.
"Dalam serbuan itu kami merampas 4,012 helai kemeja-T dan seluar trek pelbagai jenama tiruan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pemilik premis dan pakaian tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati mereka menjual pakaian berkenaan di sekitar negeri ini secara dalam talian dan borong dengan penjual dipercayai mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan hasil kegiatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Ridzuan Ab Ghapar
#KPDNHEP
#pakaian berjenama tiruan
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan