PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman hari ini menegur penjawat awam yang disifatkan oleh orang ramai masih bersikap sambil lewa dan tidak cekap dalam memberikan perkhidmatan.
"Kita dilantik untuk membantu kerajaan menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi rakyat dan bukannya harapkan pangkat yang lebih tinggi kerana gaji serta elaun penjawat awam masuk (dibayar) seperti biasa. Mereka (penjawat awam) kena hargai perkara ini.
"Ingin saya ingatkan, jangan ambil sikap sambil lewa. Perlu kikis budaya lama. Penjawat awam perlu sedar apabila rakan-rakan lain (pekerja sektor swasta) berhadapan dengan 'retrenchment' ketika COVID-19, mereka langsung tidak terjejas," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam secara maya di sini.
Beliau juga mahu penjawat awam mengambil iktibar daripada situasi sukar yang dialami pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri yang kebanyakannya terjejas sumber pendapatan ketika negara berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, Khairul Adib berkata penjawat awam perlu meningkatkan mutu perkhidmatan bagi mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap tahap kecekapan perkhidmatan awam dalam menguruskan setiap urusan.
"Tingkatkan mutu perkhidmatan dan semangat untuk tunaikan amanah yang diberikan iaitu berkhidmat kepada masyarakat bagi memastikan aspirasi kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.
Menurutnya, jika setiap penjawat awam mengamalkan sikap berintegriti dan beramanah dalam menjalankan tugas, persepsi negatif tersebut dapat ditangkis sekali gus meningkatkan imej penjawat awam.
Bagi memastikan perkhidmatan sektor awam kekal relevan, beliau mahu penjawat awam meningkatkan ilmu dan pengetahuan, terutamanya berkaitan teknologi baharu, supaya kemahiran serta kecekapan sedia ada dapat diperkasakan selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang dilancarkan awal tahun ini.
Khairul Adib juga mahu penjawat awam mengukur produktiviti penyampaian kerja masing-masing berlandaskan Rangka Tindakan Produktiviti yang memfokuskan pada produktiviti sebagai sumber pertumbuhan baharu negara.
Katanya peningkatan produktiviti adalah hasil daripada kemajuan teknologi serta kecekapan pengurusan ekonomi secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021
MOHD KHAIRUL ADIB: Perlu kikis budaya lama. Penjawat awam perlu sedar apabila rakan-rakan lain (pekerja sektor swasta) berhadapan dengan 'retrenchment' ketika COVID-19, mereka langsung tidak terjejas. - Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Perlis beri Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.