awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya

Bernama
Bernama
15/08/2022
05:17 MYT
KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap pengambilan pekerja asing dapat diselaraskan secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya bagi memudahkan lagi proses berkenaan, kata Datuk Zuraida Kamaruddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap pengambilan pekerja asing dapat diselaraskan secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya bagi memudahkan lagi proses berkenaan.
Kementerian turut mengakui proses itu perlu dilaksanakan dengan berkesan dan lengkap serta maklum akan kebimbangan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengenai risiko negara kehilangan hasil sehingga RM21 bilion pada tahun 2021 dan dijangka meningkat kepada RM28 bilion pada tahun ini sekiranya pekerja asing tidak dibawa masuk dengan segera.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, untuk penyelesaian jangka panjang, KPPK menggalakkan pemilik ladang untuk memberikan latihan semula kemahiran dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja warga tempatan, selain mengamalkan pengurusan tenaga buruh dengan baik yang penting untuk mengekalkan pekerja-pekerja asing digajikan mereka.
'Dasar pengurusan tenaga buruh yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan pekerja asing yang digajikan mereka daripada melarikan diri, malah ia juga membolehkan majikan mengelakkan risiko terlibat dalam isu-isu berkaitan buruh paksa dan pemerdagangan manusia, yang dilihat boleh menjejaskan urusan eksport bagi tempoh jangka masa panjang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau menambah kementerian tidak akan berkompromi dalam isu-isu berkaitan buruh paksa di dalam negara serta Malaysia akan terus mematuhi garis panduan ditetapkan dalam Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Bahkan, KPPK akan terus menyokong Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa (NAPFL) yang dibangunkan dalam usaha menangani serta membasmi isu buruh paksa dalam negara," jelas Zuraida. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengambilan pekerja asing
#platform digital
#Zuraida Kamaruddin
#Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan