awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee

Bernama
Bernama
25/10/2021
20:57 MYT
KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee
KPPK sentiasa menggembleng tenaga bagi memastikan industri sawit negara berkembang mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka SDG PBB dalam memenuhi permintaan global. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sentiasa memandang serius kempen anti minyak sawit di negara barat dan memantau perkembangan perundangan yang boleh memberi impak negatif kepada industri sawit Malaysia di luar negara.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar melalui kempen anti minyak sawit yang dilancarkan sejak 1980-an.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Rasah) mengenai inisiatif dan strategi terkini kementerian untuk memerangi kempen anti minyak sawit di negara barat.
Menurutnya, strategi itu dikategorikan kepada antarabangsa dan dalam negara.
"Di peringkat antarabangsa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sentiasa bergiat aktif dalam mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan penggubal undang-undang di Eropah dan Amerika Syarikat untuk menjaga kepentingan minyak sawit Malaysia," katanya.
Beliau berkata MPOB melalui rangkaian yang dibina melalui pejabat-pejabat di luar negara berjaya mendapat sokongan China, India dan negara lain dalam usaha membantah cadangan yang bakal memudaratkan perdagangan sawit menerusi Mesyuarat 'Codex Alimentarious Committee.'
Selain itu, katanya KPPK bersama agensi di bawahnya sentiasa menggembleng tenaga bagi memastikan industri sawit negara berkembang mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam memenuhi permintaan global.
Wee berkata di peringkat negara, kerajaan terus menekankan dan menerajui kemampanan industri sawit melalui pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori mulai 1 Januari 2020 di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran minyak sawit.
"Kerajaan juga melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan termasuk menghasilkan bahan tanaman sawit dengan hasil dan kualiti lebih baik serta meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi ladang, amalan pertanian yang baik serta meningkatkan produktiviti.
"Selain itu, kerajaan menetapkan had keluasan tanaman sawit pada 6.5 juta hektar sahaja untuk memastikan industri sawit tidak lagi dikaitkan isu penyahhutanan. Pembukaan kawasan baru untuk tanaman sawit adalah bukan keutamaan bagi kementerian," katanya.
Beliau berharap usaha berkenaan dapat menutup ruang kepada pihak luar terutamanya Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan untuk mengaitkan minyak sawit dengan penebangan hutan dan pemusnahan habitat serta biodiversiti.
Dalam perkembangan lain, Wee berkata KPPK sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Pertanian Sarawak untuk memajukan dan memperkasa industri lada negara.
Beliau menjawab pertanyaan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Bebas-Julau) mengenai kesediaan KPPK bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam memanfaatkan penggunaan teknologi satelit bagi menentukan jumlah sebenar saiz keluasan kawasan tanaman dan pengeluaran lada yang dijalankan di negeri itu.
Menurutnya, Lembaga Lada Malaysia sedang bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menentukan keluasan tanaman lada dan pengeluaran melalui penggunaan teknologi satelit.
"Kerjasama ini masih dalam pelaksanaan dan dilakukan secara berfasa iaitu fasa pertama melibatkan kawasan tanaman di Semenanjung Malaysia yang dijangka selesai pada hujung tahun ini dan pelaksanaan yang seterusnya di Sabah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPPK
#industri sawit
#Wee Jeck Seng
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan