Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) hari ini menolak cadangan Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah.
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata pihaknya melihat impak negatif cadangan itu lebih banyak daripada positif.
"Kita risaukan adalah kes kecurian, kerosakan serta masalah lain yang tiada kaitan dengan pendidikan. Itu yang paling kita risaukan.
"Jangan nanti apabila perkara ini diwujudkan dan dibenarkan, ada masalah lain pula akan timbul.
"Kelak, cikgu pula dipertanggungjawabkan apabila berlaku kecurian dan kita tiada hak untuk menyoal siasat, siasat beg pelajar, itu masalah yang akan timbul," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Malah, katanya banyak sekolah di negara ini telah dilengkapi dengan kemudahan komputer serta jaringan internet sekaligus membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka.
"Kita ada komputer, komputer riba, ada chrome book untuk kegunaan pelajar-pelajar kita termasuk Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) dan juga apa-apa inisiatif yang dibuat Kementerian Pendidikan.
"Pelbagai kemudahan sudah ada untuk tingkatkan penggunaan dan juga pemahaman mereka (pelajar) terhadap maklumat-maklumat yang hendak didapatkan daripada internet ataupun daripada laman-laman pendidikan yang mahu digunakan," katanya.
Justeru, pihaknya sedia berbincang dengan kementerian serta pihak berkepentingan bagi memperhalusi cadangan terbabit sekaligus mengelak impak negatif terhadap pelajar.
Terdahulu hari ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeriannya bercadang mewujudkan polisi bagi membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Katanya, cadangan itu dikemukakan seiring pembangunan teknologi semasa, bagaimanapun, kajian cadangan itu akan siap dalam tempoh dua bulan sebelum kementeriannya membuat sebarang keputusan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 18 2017

Banyak sekolah di negara ini telah dilengkapi dengan kemudahan komputer serta jaringan internet sekaligus membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka. Gambar hiasan

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.

Enggan bermain gajet, Rania jadikan haiwan ternakan 'rakan karib'
Rania yang berusia 11 tahun menunjukkan minat terhadap haiwan ternakan sejak berusia tujuh tahun.

Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

Siri OPPO Reno11 5G - Pakar Potret, rekaan elegan
Paduan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas yang menjanjikan prestasi dan pengalaman terunggul.

Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar
Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden.

Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.

Gejala kanak-kanak lambat bercakap meningkat, keterdedahan peranti antara punca - Pakar
Ini adalah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa terutama membabitkan anak berusia bawah 18 bulan.

Jangan biarkan anak ralit, 'screen time' ada hadnya
Biarlah orang kata kita mak ayah yang tidak percayakan anak asalkan kita tidak menyesal di kemudian hari.

Tip kawal anak daripada ketagih pada gajet
Sukar untuk memisahkan anak dengan gajet membuatkan ibu bapa pening kepala memikirkannya.

Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.