PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Review Committee) dalam tempoh terdekat sebagai langkah melaksanakan pelarasan dasar pendidikan tinggi negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, beberapa pelarasan dasar harus dilaksanakan apatah lagi apabila aspirasi nasional bukan sesuatu yang pegun, sekali gus menuntut perubahan dalam cara bekerja, berfikir dan bertindak.
Menurut Khaled, Jawatankuasa tersebut mempunyai masa selama tiga bulan bagi mengemukakan dapatannya, yang mana sebahagian besarnya mestilah bersifat saranan penambahbaikan yang diperlukan.
“Dapatan dan saranan penambahbaikan daripada jawatankuasa ini sangat kritikal atas beberapa faktor. Pertama, landskap pendidikan nasional hari ini sudah menjadi semakin ‘multifacated’, justeru itu kedudukan dan peranan semua pihak mesti dilihat dan diperkemaskan semula.
“Kedua, segala yang berlaku di sekeliling kita, sama ada wabak kesihatan, perubahan iklim, krisis tenaga mahupun ‘cognitive war’ akan secara tidak langsung mengheret kita menjadi sebahagian daripada pemainnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 di Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, di sini, pada Isnin.
Tambah Khaled, sektor pendidikan tinggi kini jauh lebih kompleks, rumit dan mencabar yang mana tidak lagi hanya terbatas pada penyediaan graduan yang berkemahiran demi sebuah pasaran kerja mahupun penyelidikan dengan deretan jurnal impak tinggi atau hanya sekadar menjalankan sebuah perniagaan yang berkisar tentang kelayakan ijazah.
“Kita memerlukan pelan dan strategi lebih sofistikated, lestari dan kontemporari. Paling penting, kementerian memerlukan pelan dan strategi yang akan menterjemahkan aspirasi nasional.
“Selaras dengan itu juga, saya akan memastikan pemilihan kepimpinan di institusi pendidikan tinggi (IPT) serta segenap agensi lain akan menjadi satu proses yang ketat, teliti dan objektif kerana kita mahu mencari tokoh paling layak dan berwibawa,” ujarnya.
Tegas Khaled, pemilihan kepimpinan IPT akan menjadi satu proses pencarian yang terbuka dan tiada politikal, sebaliknya mengutamakan mereka yang memahami aspirasi nasional. Ini kerana, KPT mahukan semua kepimpinan IPT, terutamanya Naib Canselor serta Timbalan mereka menjadi pemimpin yang berkesan.
Dalam pada itu, Khaled turut menyatakan fokus KPT terhadap pembangunan prasarana digital bagi tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong transformasi pelan pendigitalan ketika ini.
KPT akan memfokuskan kepada pendigitalan secara total iaitu dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan kementerian.
Haikal Raman
Mon Jan 30 2023
Jawatankuasa tersebut mempunyai masa selama tiga bulan bagi mengemukakan dapatannya, kata Datuk Seri Khaled Nordin.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
KPT bakal tubuh jawatankuasa khas, semak semula dasar pengajian tinggi nasional
Beberapa pelarasan dasar harus dilaksanakan apatah lagi apabila aspirasi nasional bukan sesuatu yang pegun.