awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT dukacita kejadian penuntut UUM maut terhimpit bas

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2025
07:34 MYT
KPT dukacita kejadian penuntut UUM maut terhimpit bas
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memberi jaminan siasatan teliti sedang dijalankan berhubung kejadian itu.
ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan rasa dukacita atas kejadian penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) maut terhimpit bas di Jalan Persiaran Perdana, UUM di Sintok, semalam.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memberi jaminan siasatan teliti sedang dijalankan berhubung kejadian itu.
"Salam takziah kepada keluarga Almarhumah Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar UUM yang meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden kemalangan membabitkan dua bas di Jalan Persiaran Perdana, UUM.
"KPT menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan mendoakan agar keluarga diberikan ketabahan menghadapi dugaan ini. Semoga roh Almarhumah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh,” katanya di laman Facebook hari ini.
Zambry berkata, laporan penuh siasatan kejadian itu akan dimaklumkan dengan pihak UUM juga telah mengambil tindakan sewajarnya.
"Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dimaklumkan bahawa siasatan lanjut berkaitan insiden tersebut sedang dijalankan dan laporan penuh akan dimaklumkan. Pihak UUM juga telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Almarhumah," katanya lagi.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chemplak di Labis, Johor sebaik selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar hari ini.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang penuntut UUM maut selepas terhimpit bas dalam kejadian di hadapan perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM di Sintok kira-kira pukul 8.45 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada badan sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HSB, pada pukul 6.30 petang semalam.
Topic Berkaitan
#UUM
#kemalangan maut
#penuntut wanita
#bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan