KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT), untuk merangka program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) yang terbaik pada masa akan datang.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu merupakan platform terbaik untuk pemain industri mengisi pasaran kerja, kerana bakat yang terbaik boleh dicari menerusi kerjasama seumpama itu.
"Datang dan bawalah segala kemahiran, kepakaran, pengalaman dan teknologi yang kalian miliki. Kongsikan dengan kami melalui IPT-IPT kita di seluruh negara.
"Perkara ini penting, kerana tidak ada industri yang akan selamat dan mampu bertahan tanpa bekalan bakat yang stabil dan mencukupi, selain IPT dan penyedia latihan kita mempunyai kelebihan, ilmu dan penyelidikan yang berguna, untuk dimanfaatkan oleh pihak industri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Sambutan Hari TVET 2023 Yayasan Sime Darby (YSD), pada Selasa.
Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson.
Sementara itu, Jeffri berkata, sejak penubuhan YSD pada 1982, mereka telah menyediakan biasiswa bernilai lebih RM360 juta kepada lebih 5,400 pelajar dan lebih RM37 juta telah berikan bagi menyokong pendidikan TVET di Malaysia, melalui Program Dermasiswa Pengayaan Kemahiran YSD.
Beliau berkata, YSD menawarkan dermasiswa ini melalui kerjasama TVET dengan pelbagai rakan kongsi dan melalui kerjasama itu, para sarjananya memperoleh kemahiran vokasional dan teknikal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa 100 peratus penerima dermasiswa TVET YSD telah memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian dan ramai daripada mereka diambil bekerja dalam syarikat Sime Darby, yang merupakan satu penyataan mengenai kualiti kemahiran mereka," katanya.
YSD dalam satu kenyataan berhubung acara itu hari ini menyatakan bahawa mereka akan memberikan tambahan RM29.7 juta dari 2023 hingga 2028 di bawah Program Dermasiswa TVET.
Kenyataan itu memaklumkan sejak 2007, YSD telah memberikan biasiswa RM37.4 juta, memacu 1,412 individu berbakat dalam perjalanan pendidikan vokasional mereka.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Khaled berkata pendekatan itu merupakan platform terbaik untuk pemain industri mengisi pasaran kerja. - Foto fail/BERNAMA
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT
Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang.
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Bantuan diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR
Sejumlah 4,274 murid sekolah dan pelajar IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR.
IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry
Zambry menjelaskan, disebabkan peranan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan dasar pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini
Politeknik Besut merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang menawarkan pengajian berkaitan batik.
Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan
Ia selaras dengan usaha merancakkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.
PM mahu universiti diberi lebih ruang hasilkan idea baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) diberi ruang dan kelonggaran untuk mewujudkan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan negara.
KPT bincang dengan IPT, selesaikan masalah kediaman pelajar - Zambry
KPT akan berbincang dengan pihak IPT bagi mengenal pasti universiti yang memerlukan penyelesaian berkaitan masalah kediaman pelajar.
Pembelajaran fleksibel kunci pendidikan masa depan - Khaled
Sinergi antara fleksibiliti dan kualiti penting kerana fleksibiliti membolehkan penyesuaian diri dengan dinamik pembelajaran masa depan.