KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperuntukkan RM339,516,500 bagi tujuan pembangunan dan kebajikan pelajar yang melibatkan pembinaan serta penyelenggaraan asrama atau kolej kediaman bagi tahun 2023.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata daripada jumlah itu, kira-kira RM261 juta adalah bagi tujuan membayar konsesi kerjasama awam swasta (PPP) dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) pembinaan kolej kediaman yang sudah siap dibina.
"Misalnya RM19.8 juta untuk Politeknik Kota Bahru dan Jeli, Kelantan, RM6.7 juta untuk Politeknik Seberang Perai dan RM14.3 juta untuk Politeknik Ungku Omar.
"RM40 juta pula adalah bagi tujuan membina kolej kediaman baharu. Ini termasuklah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok dan Politeknik Tun Syed Nasor Pagoh yang secara keseluruhannya melibatkan kos RM180 juta," katanya pada sesi penggulungan sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023 di Parlimen, semalam.
Beliau berkata RM38.3 juta juga akan digunakan untuk menaik taraf kolej kediaman sedia ada di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Selain itu, katanya KPT turut bekerjasama dengan Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (MAPUM) dalam memastikan ketersediaan penginapan pelajar di kolej-kolej kediaman di dalam kampus berada pada kapasiti yang optimum.
Katanya ia bagi menampung jumlah pelajar yang layak mendiami kolej yang semakin meningkat.
Mohamed Khaled berkata KPT juga komited untuk melihat kesesuaian cadangan penghapusan sistem merit dalam menentukan pemilihan pelajar yang layak tinggal di kolej kediaman.
Persidangan Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023 berlangsung selama dua hari bermula Rabu hingga semalam dianjurkan KPT dengan kerjasama Parlimen Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sementara itu KPT dalam kenyataannya berkata hasrat utama penganjuran program ini adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa IPT menyuarakan dan membahaskan secara intelektual dan berhemah isu-isu merujuk kepada empat teras perbahasan iaitu ekonomi, kebajikan, pemerkasaan dan pembangunan mahasiswa serta pengantarabangsaan.
Usul-usul yang diutarakan semasa program ini akan diangkat sebagai agenda perbincangan Mesyuarat Perdana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka diadakan hujung tahun ini.
Program yang julung kali diadakan itu melibatkan 187 perwakilan MPPK, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kesatuan Mahasiswa daripada pelbagai IPT di Malaysia merangkumi 20 Universiti Awam (UA), 13 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), 12 Politeknik, empat Kolej Komuniti dan empat Institusi Pendidikan Guru Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Mohamed Khaled berkata KPT juga komited untuk melihat kesesuaian cadangan penghapusan sistem merit dalam menentukan pemilihan pelajar yang layak tinggal di kolej kediaman. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

PTPTN tawar inisiatif WPP, beri RM1,500 buat persiapan masuk IPTA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kerana masalah kewangan.

KPT saran IPT turun padang bantu masyarakat selesai isu setempat
KPT menyarankan agar institusi pengajian tinggi sentiasa 'turun padang' dalam usaha membantu masyarakat menyelesaikan isu setempat.

Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.

KPT saran garis panduan aktiviti hiburan libatkan wakil pelajar
Bagaimanapun, pengurusan IPT perlu memastikan majlis perwakilan pelajar dan kesatuan mahasiswa dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan agar ianya mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa

KPT letakkan KPI bagi universiti yang bekerjasama dengan TDA
KPI berkenaan bertujuan memastikan kementerian mengetahui hasil penyelidikan universiti sebelum ia dikembangkan secara menyeluruh.

KPT peruntuk RM339.5 juta bagi pembangunan dan kebajikan pelajar - Khaled Nordin
KPT telah memperuntukkan RM339,516,500 bagi tujuan pembangunan dan kebajikan pelajar yang melibatkan pembinaan serta penyelenggaraan asrama atau kolej kediaman bagi tahun 2023.

KPT akan tambah baik dasar pendidikan tinggi bagi jayakan kerangka Ekonomi MADANI
Ia perlu beri tumpuan kepada soal penyediaan bakat, penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu oleh universiti kepada masyarakat.

KPT semak semula dasar berkaitan, sasar negara jadi hab bakat
Kementerian menyasarkan untuk menarik dan memupuk minda dan individu berbakat dari seluruh dunia dan berfungsi sebagai pusat kecemerlangan untuk menjana, menyebarkan dan mengaplikasikan pengetahuan.

Kerajaan tidak cadang tarik balik subsidi yuran universiti awam - Khaled Nordin
Beliau berkata ia selaras komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat tidak tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan tinggi.

Keputusan kemasukan ke UA, Politeknik, KK, ILKA pada 7 Julai
Keputusan kemasukan di peringkat sijil, asasi dan diploma itu boleh disemak mulai 12 tengah hari pada 7 Julai hingga 5 petang pada 16 Julai melalui platform dalam talian disediakan.