PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang membangunkan sistem e-pemfailan (e-filing) yang membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ketika ini kaunter aduan tribunal telah beroperasi di Aras G, KPWKM di sini sejak 11 Mac lepas dan bersedia untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024, iaitu tarikh kuat kuasa Akta Anti Gangguan Seksual 2022 (Akta 840).
"Kita dalam proses nak buat (sistem e-pemfailan) supaya ia membolehkan mangsa dari negeri-negeri lain untuk turut melapor di mana saja mereka berada.
"Akta Anti Gangguan Seksual 2022 terpakai di seluruh negara, jadi sementara menunggu sistem itu siap, mereka (mangsa) kena datang ke Putrajaya untuk buat laporan atau aduan," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Tribunal bagi Antigangguan Seksual, di sini hari ini.
Beliau berkata Tribunal bagi Antigangguan Seksual menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum bagi mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku untuk mendapatkan hak tebus rugi akibat daripada gangguan yang dialami.
Beliau berkata matlamat tribunal itu adalah untuk mendengar dan mengadili aduan gangguan seksual dengan bebas, adil dan saksama.
"Sukacita ingin saya jelaskan bahawa penubuhan tribunal ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih fungsi mahkamah, sebaliknya memberikan pilihan kepada mangsa sama ada membuat aduan di tribunal atau pun mengambil tindakan sivil di mahkamah.
"Seksyen 8 Akta 840 menyatakan bahawa tiada pertindihan bidang kuasa di antara tribunal dan mahkamah sivil. Dalam masa yang sama, mangsa masih boleh membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan agar tindakan jenayah dapat diambil terhadap pelaku," katanya.
Sementara itu, Presiden Tribunal bagi Antigangguan Seksual Syafeera Mohd Said berkata kes yang dibawa ke tribunal akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hari pertama pendengaran dibuat.
Menerangkan proses sesuatu kes dikendalikan, Syafeera berkata mangsa atau pengadu perlu datang ke kaunter aduan dan memfailkan aduan dengan bayaran dikenakan RM30 bagi satu aduan.
"Menurut akta ia memerlukan tempoh 14 hari untuk menyerahkan borang aduan kepada responden dan responden perlu membalas dengan pembelaan dalam tempoh 14 hari bekerja.
"Kemudian kami akan serah notis pendengaran kepada kedua-dua pihak untuk hadir ke tribunal bagi pendengaran kes dan dalam tempoh itu kedua-dua pihak tidak boleh diwakili peguam.
"Selepas pendengaran, award akan diberikan sekiranya gangguan seksual terbukti dengan tebus rugi atau pampasan maksimum ialah RM250,000, selain permohonan maaf juga perlu dibuat," katanya dan menambah jika ada antara responden atau pengadu tidak berpuas hati dengan keputusan tribunal, mereka boleh memfailkan semakan kehakiman di mahkamah.
Pasa majlis itu, Nancy menyerahkan Watikah Pelantikan Anggota Tribunal kepada 30 individu yang dilantik mengikut peruntukan di bawah Seksyen 4 Akta Anti Gangguan Seksual 2022.
Pelantikan anggota tribunal itu terdiri daripada individu dengan pelbagai latar belakang profesion dalam kalangan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
Anggota tribunal yang dilantik bertanggungjawab mendengar dan melaksanakan proses pendakwaan atau pengadilan terhadap setiap aduan berkaitan gangguan seksual.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Nancy berkata matlamat tribunal itu adalah untuk mendengar dan mengadili aduan gangguan seksual dengan bebas, adil dan saksama. - Gambar Bernama
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.