GEORGE TOWN: Program Wanita [email protected] MyKasih Kapital di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah berjaya membantu 14,770 wanita meningkatkan pendapatan mereka, sejak Januari tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program Wanita [email protected] MyKasih Kapital, merupakan bantuan kepada golongan wanita yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil, di dalam bidang e-dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang tidak termasuk di bawah skim agensi lain.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sejak Januari 2023 berkata hingga hari ini, seramai 2,980 orang peserta telah menghadiri kursus Program Wanita [email protected] MyKasih Kapital, yang meliputi peserta dari seluruh negara.
"Melalui pemantauan yang kami jalankan selepas enam bulan, daripada 14,770 peserta, 90 peratus peserta telah meningkatkan pendapatan daripada RM500 hingga RM1,000 sebulan, manakala 10 peratus lagi telah mendapat peningkatan sehingga RM 3,000 sebulan," katanya dalam ucapan program Keusahawanan Wanita [email protected] MyKasih Kapital di sini hari ini.
Nancy berkata program ini bertujuan memperkasa ekonomi kumpulan sasar khususnya wanita dengan mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
"Peserta MyKasih Kapital akan dinilai, dipantau dan mengikuti kursus oleh jabatan atau agensi kerajaan seperti INSKEN, PERKESO, serta perkongsian pengalaman dan tips daripada usahawan berjaya bagi mempersiapkan diri para peserta menceburi bidang perniagaan," katanya.
Justeru, Nancy berharap semua wanita akan mengambil peluang inisiatif Wanita [email protected], kerana program itu merupakan platform terbaik bagi mengangkat peranan hebat wanita dalam dunia keusahawanan.
Beliau berkata program Wanita [email protected] ini akan membantu wanita untuk keluar daripada belenggu kesusahan menjadi usahawan berjaya, dan seterusnya dapat membantu wanita lain dalam memberikan peluang pekerjaan, mengambil upah dan perniagaan kecil-kecilan.
"Oleh itu, suka saya ingin menyeru semua yang ada pada hari ini untuk mengambil peluang ini, untuk meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, supaya dapat menikmati tahap kehidupan kepada yang lebih baik pada masa hadapan," katanya.
Terdahulu di Pulau Pinang, seramai 500 peserta yang hadir ke Program Wanita [email protected] MyKasih Kapital YKN ini menjalani kursus dan bimbingan untuk menceburkan diri dalam perusahaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) melihat kraftangan yang dihasilkan oleh salah seorang peserta semasa melawat Laman Wanita (LaWa) Tasek Gelugor hari ini. - Foto BERNAMA

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

KPWKM: MyKasih Kapital bantu 14,770 wanita tingkatkan pendapatan
Program Wanita [email protected] MyKasih Kapital berjaya membantu 14,770 wanita meningkatkan pendapatan mereka, sejak Januari tahun ini.

Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh - Perdana Menteri
Inisiatif tersebut jelas Muhyiddin lagi bagi menggalakkan shared responsibility dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.