awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM rancang bangunkan pangkalan data pengasuh

Bernama
Bernama
09/06/2023
10:41 MYT
KPWKM rancang bangunkan pangkalan data pengasuh
Nancy berkata, pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendaki. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Satu pangkalan data yang mengandungi senarai pengasuh berdaftar akan dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membantu ibu bapa memilih taska dan pengasuh berdaftar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pada masa ini, masih tiada platform atau pusat rujukan bagi ibu bapa memilih pengasuh yang dikehendaki.
"Selama ini kita masih belum ada data yang secara berpusat, jadi kalau orang hantar anak dia ke taska, tiada tempat rujukan cuma melalui diberitahu orang lain.
"Ibu bapa ini dia nak lihat lokasi yang bersesuaian dan siapa yang menjalankan tempat pengasuhan itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2023, di sini hari ini.
Tanpa menyatakan bila pangkalan data itu dapat direalisasikan, Nancy berkata usaha berkenaan mengambil masa yang lama dan ia masih di peringkat perancangan.
Dalam pada itu, beliau berkata KPWKM akan mengadakan 105 sesi libat urus tahun ini bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi mencari penyelesaian untuk memudahkan pendaftaran pengasuh yang berminat menjalankan operasi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).
Menurut Nancy, beliau sering mendapat rungutan daripada pengusaha yang mahu beroperasi secara sah namun menghadapi kerenah birokrasi membabitkan isu teknikal di pihak PBT.
"Kita tahu ini adalah kuasa PBT tetapi saya rasa ini boleh ditambah baik, sebagai contoh, sekiranya semua PBT mempunyai budi bicara dan peraturan yang selaras," katanya.
Nancy berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk memudah cara pengusaha taska untuk beroperasi secara sah tanpa berkompromi soal keselamatan.
Di peringkat KPWKM, katanya kelulusan pendaftaran taska mengambil masa 30 hari namun pengusaha terlebih dahulu perlu mematuhi syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan oleh PBT.
"Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pengusaha Taska ialah kedudukan lokasi operasi pusat Taska seperti jarak dengan jalan raya utama, Taska tidak boleh berada lebih dari aras dua dan keperluan mempunyai pintu keselamatan. Syarat inilah yang menjadi cabaran kepada pengusaha taska untuk mendaftar (premis mereka)," katanya.
Setakat Disember lepas (2022), sejumlah 1,080 Taska didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan perkara itu menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di tempat tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pangkalan data
#pengasuh
#KPWKM
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan