Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempersiapkan lebih 3,000 sukarelawan terlatih bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda beberapa negeri hujung tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan pengalaman banjir luar biasa tahun lepas, para sukarelawan turut diberi kemahiran membantu golongan sasaran seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.
"Selain sukarelawan yang berdaftar dengan kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini, kami (kementerian) menjangkakan lebih ramai lagi sukarelawan di bawah pelbagai jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perseorangan yang akan terlibat.
"Setiap kementerian juga menubuhkan pasukan sukarelawan masing-masing yang secara keseluruhan jumlah sukarelawan akan melebihi 10,000 orang," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) 2015, di sini hari ini.
Azizah turut menyeru mana-mana individu atau pertubuhan yang ingin menjadi sukarelawan untuk segera berdaftar dengan JKM di laman sesawang jabatan itu atau mengunjungi pejabat JKM di setiap daerah bagi memudahkan penyelarasan bantuan kepada mangsa banjir nanti.
Dalam pada itu, kementerian turut mempersiapkan lima depoh banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor serta 102 mini depoh yang menempatkan barangan keperluan bencana seperti tikar, selimut dan makanan kering.
Azizah berkata bantuan berkenaan seterusnya akan disalurkan ke 547 pangkalan hadapan banjir yang ditempatkan di setiap daerah sejurus bencana tersebut melanda.
Katanya JKM setakat ini mengenal pasti 5,161 pusat pemindahan yang mampu menempatkan lebih sejuta mangsa.
JKM turut menambah bekalan keperluan bencana seperti 15,000 set pembahagi boleh lipat; tilam getah berbusa 12,000 unit; walkie talkie 300 unit dan jaket keselamatan 2,400 unit, katanya.
Sementara itu, kementerian juga bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa atau anggota keluarga tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos.
"Mengenai bantuan kewangan, ia bergantung kepada kriteria. Kalau ada keperluan (kewangan) kami akan bantu," katanya selain memaklumkan kementerian turut bersedia menghantar kaunselor terlatih sekiranya diperlukan keluarga kanak-kanak terbabit.
Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Sehingga kini, seorang mayat yang ditemui reput dalam Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, dekat Gua Musang telah disahkan merupakan mayat seorang daripada kanak-kanak perempuan terbabit.
Sebahagian rangka seorang kanak-kanak ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi petang semalam.
Bernama
Fri Oct 09 2015
Kementerian turut mempersiapkan lima depoh banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor serta 102 mini depoh yang menempatkan barangan keperluan bencana seperti tikar, selimut dan makanan kering. - Gambar Fail
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.