awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini

Bernama
Bernama
28/11/2024
12:30 MYT
KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada sesi Penggulungan peringkat Jawatankuasa pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu, RM12 juta adalah untuk peringkat persekutuan manakala RM27.9 juta untuk peringkat negeri termasuk peruntukan bagi depoh simpanan yang meliputi barang keperluan berkaitan.
"Kita sediakan barang keperluan asas seperti khemah, tikar, dan selimut dan waktu yang sama kita siapkan juga bekalan pek makanan ataupun makanan bermasak ataupun retort.
"Kita juga siapkan barangan keperluan khas terutamanya kepada golongan OKU (Orang Kurang Upaya), warga emas, wanita, kanak-kanak dan makanan kering. Ini terutamanya untuk diberikan di kawasan yang terputus hubungan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini, selepas 17 orang Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan rang undang-undang itu.
Mengenai kesiapsiagaan KPWKM menghadapi monsun timur laut, beliau berkata 4,590 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 1,047 orang terdiri daripada psychological support team dan 6,073 sukarelawan JKM digerakkan bagi tujuan tersebut.
Sementara itu Noraini turut memaklumkan JKM sedang menyediakan satu kertas dasar berhubung pemberian insentif kepada sukarelawan yang terlibat dalam bantuan bencana di negara ini.
Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi KPWKM selepas ia mendapat lebih suara bersetuju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#peruntukan
#bantuan bencana banjir
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan