Skip to main content

Malaysia

Siti Mastura gagal dalam rayuan kes fitnah terhadap tiga pemimpin DAP

GEORGE TOWN, 3 Sept -- Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad hadir di Mahkamah Tinggi hari ini sebagai defendan dalam kes fitnah yang difailkan terhadapnya oleh veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang.  Kes tersebut berkaitan dengan kenyataan yang didakwa dibuat oleh Siti Mastura semasa satu ceramah politik, di mana beliau mengaitkan Lim Kit Siang dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, yang didakwa sebagai satu konspirasi untuk menghancurkan
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak rayuan Siti Mastura selepas mendapati ia tidak mempunyai merit. - Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkannya membayar ganti rugi termasuk kos berjumlah RM825,000 kerana memfitnah tiga pemimpin DAP yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang bersidang bersama-sama Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, menolak rayuan Siti Mastura selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Advertisement

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim Ahmad Kamal berkata Mahkamah Rayuan mengesahkan keseluruhan penghakiman Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 4 Dis 2024 termasuk pemberian ganti rugi keseluruhan dan kos berjumlah RM825,000.

Bagaimanapun, pada 23 Jan 2025, Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 bagi ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.

Hakim Ahmad Kamal, yang menyampaikan keputusan hari ini melalui Zoom, berkata mahkamah juga mendapati rayuan balas plaintif (pemimpin DAP) tidak mempunyai merit.

BERITA LANJUT MENYUSUL

-- BERNAMA

 

Must Watch Video