Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk

Syah Hairizal Kamalul Arifin
November 9, 2017 06:42 MYT
Beberapa kenderaan remuk dalam insiden kren tumbang di Kampung Baru hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, ibu negara pagi tadi mengakibatkan tiga mangsa cedera selain beberapa kenderaan remuk.
Tiga mangsa kejadian kren “crane boom” yang jatuh di tapak pembinaansebuah projek pembinaan itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Menurut maklumat awal anggota Angkatan Pertahanan Awam, tiga mangsa terbabit disahkan seorang pekerja binaan dan dua orang awam.
Mangsa orang awam satu wanita lingkungan 30-an mengalami patah bahu dan seorang mangsa warga emas mengalami luka-luka akibat terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat libasan kabel kren.
Pemaju pembinaan UDA Holdings Bhd dalam kenyataannya menjelaskan, kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga siasatan berhubung kejadian selesai dibuat.
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Ada 'Pak Haji' dalam kereta tu!
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: UDA tutup lokasi insiden serta-merta

@501Awani seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana patah bahu - Abdul Rahman Mat Arif, (saksi kejadian) pic.twitter.com/7IXtQehggT

— Syah Hairizal (@syahhairizal) November 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP, Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.
Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.
#Abdul Rahman Mat Arif #angkatan pertahanan awam #bum kren #cedera #crane boom #Kampung Baru #kren tumbang #mangsa #Polis Daerah Dang Wangi #Shaharuddin Abdullah #Tapak binaan #UDA Holdings Bhd