KRI Nanggala: Indonesia tamatkan usaha kumpul serpihan

Astro Awani
Jun 2, 2021 05:49 MYT
Upacara keagamaan dijalankan di laut bagi mengenang mangsa tragedi kapal selam yang tenggelam berhampiran Labuhan Lalang, Bali, Indonesia, 26 April, 2021. REUTERS
INDONESIA secara rasminya menghentikan usaha mengumpul serpihan kapal selam KRI Nanggala 402, yang tenggelam di perairan Bali 21 April lalu.
Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono mengesahkan pencarian itu sudah berakhir.
"Usaha menyelamat sudah tamat," katanya kepada Reuters pada Rabu, sambil menambah, sebahagian kapal itu akan terus kekal di dasar laut.
Usaha mengumpul serpihan KRI Nanggala dari kedalaman lebih 800 meter sehingga kini gagal.
Menurut Julius, pasukan Indonesia dibantu pasukan China sudah melakukan lebih 20 kali selaman untuk mengumpul gambar, video dan bahagian kapal yang tenggelam itu.
BACA: Nanggala-402: Punca tragedi kapal selam masih misteri, dipercayai berada di kawah dasar laut
BACA: Kapal selam Nanggala 402: Video viral kru nyanyi 'Sampai Jumpa' buat netizen sebak
KRI Nanggala 402 hilang selepas memohon untuk melakukan selaman ketika sesi latihan tembakan torpedo di perairan Bali.
Kehilangan itu membawa kepada operasi mencari yang turut disertai Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan India.
BACA: SAR kapal selam Nanggala 402 makin mendesak, oksigen cuma bertahan 72 jam
BACA: Kapal selam hilang di perairan Bali mungkin terkandas di jurang berkedalaman 700 meter
Bahagian kapal selam berusia 40 tahun berkenaan, yang terbahagi tiga, ditemui beberapa hari kemudian.
Susulan itu, kerajaan Indonesia mengisytiharkan semua 53 anak kapalnya terkorban.
Punca kemalangan masih disiasat sehingga kini.
#kapal selam #pencarian #Kri Nanggala #KRI Nanggala 402 #selaman #Serpihan #Julius Widjojono #Bali
;