Krisis air Selangor: Bahan buangan ditemui di lokasi punca pencemaran Sungai Semenyih

Fauzi Suhaimi
Oktober 5, 2020 07:59 MYT
Tuan Ibrahim berkata, sejumlah bahan buangan dan sebatian organik telah dijumpai dan dikesan menjadi punca pencemaran LPA Semenyih dan Bukit Tampoi. - Gambar fail Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengesahkan kawasan belukar di pinggir kawasan industri, Jalan Emas, Negeri Sembilan merupakan lokasi punca pencemaran bau di loji pembersihan air (LPA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejumlah bahan buangan dan sebatian organik telah dijumpai.
"Lokasi punca pencemaran telah dikenal pasti iaitu di kawasan belukar di pinggir kawasan industri berkenaan.

Lokasi punca pencemaran telah dikenal pasti. Kawasan belukar di pinggir kawasan industri, Jalan Emas, Negeri Sembilan. Sejumlah bahan buangan dan sebatian organik telah dijumpai. Bau busuk hampir menyamai bau yang menjadi punca LRA Sg Semenyih henti tugas semalam.

— Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) October 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sejumlah bahan buangan dan sebatian organik telah dijumpai dan bau busuk hampir menyamai bau yang menjadi punca LRA Sungai Semenyih henti tugas semalam," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya pada Isnin.
Operasi LPA Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti sejak semalam berikutan berlaku pencemaran air di muka sauk Sungai Semenyih.
BACA: Ada bau seakan bangkai di Sungai Semenyih, Sungai Langat - LUAS
BACA: Aktiviti pembersihan reban angsa disyaki punca pencemaran sungai Negeri Sembilan
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi, Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian dalam sidang media pagi tadi berkata, operasi pembersihan reban angsa dan kawasan perindustrian kilang membabitkan dua sungai di Negeri Sembilan disyaki menjadi punca pencemaran bau itu.
#Tuan Ibrahim Tuan Man #Negeri Sembilan #Semenyih #air #operasi #Sains #loji pembersihan air #Sungai Semenyih #LRA Semenyih #LRA Bukit Tampoi #bahan buangan dan sebatian organik #LPA