awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada bau seakan bangkai di Sungai Semenyih, Sungai Langat - LUAS

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/10/2020
12:58 MYT
Ada bau seakan bangkai di Sungai Semenyih, Sungai Langat - LUAS
LUAS dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera bagi mengatasi masalah itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
Menerusi ciapan di laman Twitter, LUAS memaklumkan bau itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.
Menurutnya, LUAS dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera bagi mengatasi masalah itu.
BACA: Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air
LUAS mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai yang dikesan di Sg. Semenyih dan Sg. Langat kira-kira jam 4.30 petang sebentar tadi (4 Oktober 2020). LUAS dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.
— lembagaurusairsgor (@luas_selangor) October 4, 2020
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan sebanyak 274 kawasan dari empat wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.
Wilayah yang terjejas adalah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang bakal menjejaskan 309,605 akaun pengguna.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, penutupan loji tersebut terpaksa dibuat ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji itu.
“Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.
“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, pihaknya masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Semenyih
#Kuala Langat
#Sepang
#siasatan
#Air Selangor
#Sungai Semenyih
#sungai langat
#LUAS
#Twitter
#bau bangkai
#Lembaga Urus Air Selangor
#gangguan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan