DI banyak negara sekarang ini, ramai yang bimbang tentang kemungkinan dijangkiti wabak Covid. Namun di Lubnan rakyat sedang bimbang sama ada mereka dan ahli keluarga mereka akan hidup dalam kelaparan. Ini kerana negara tersebut kini berada dalam krisis ekonomi yang teruk di mana pendapatan ramai rakyat Lubnan tidak mencukupi untuk menyara keperluan asas mereka.
Lubnan banyak mengimpot keperluan makanan. Oleh itu apabila nilai matawangnya jatuh dengan mendadak, harga makanan telah melambung naik sebanyak 150 peratus dalam masa kurang dari satu tahun. Di kalangan rakyat biasa dan terutama yang miskin, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk membeli makanan untuk keluarga. Itu pun jika mereka bernasib baik mempunyai pendapatan tetap. Satu laporan menyatakan, dari jumlah tenagakerja sebanyak 1.8 juta, seramai 550,000 orang atau lebih kurang satu pertiga tidak mempunyai pekerjaan. Angka ini diramalkan akan terus meningkat.
Kerajaan Lubnan sekarang sudah tidak mampu membantu rakyat kerana ia sendiri sedang terbeban dengan hutang luar yang banyak iaitu lebih dari USD35 billion. Pada bulan Mac yang lepas, kekurangan minat di kalangan institusi kewangan antarabangsa untuk terus memberi hutang kepada Lubnan mengakibatkan kerajaan Lubnan terpaksa mengisytiharkan bahawa ia tidak mampu menjelaskan sebahagian dari hutangnya dalam bentuk Eurobond sebanyak US$ 1.2 billion. Akibatnya, matawang Lubnan semakin merosot dan kos pinjaman baru juga meningkat lagi.
Lubnan sekarang terdesak dan oleh itu sedang memohon kepada IMF untuk mendapat bantuan kewangan. Sudah tentu bantuan tersebut, jika diluluskan,akan mempunyai syarat yang ketat. Antara lain kerajaan Lubnan akan diminta oleh IMF untuk menaikkan kadar cukai dan juga kadar faedah, serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan termasuk menghapuskan subsidi. Ini sudah tentu akan mengakibatkan rakyat akan bertambah sengsara. Kemungkinan berlakunya rusuhan oleh rakyat yang marah tidak mustahil berlaku jika syarat ketat yang dikenakan oleh IMF dilaksanakan oleh kerajaan Lubnan.
Persoalannya ialah bagaimanakah Lubnan terjebak ke dalam masalah ini?
Dua punca utama kepada masalah Lubnan ialah sistem politik yang mempunyai unsur korupsi dan nepotisma yang berleluasa, serta pergantungan kuat kerajaan Lubnan kepada hutang, terutama sekali dari institusi kewangan luar negara.
Unsur korupsi dan salah guna kuasa berpunca dari sikap masyarakat mengambil ringan terhadap amalan tersebut serta wujudnya beberapa suasana politik sektarian dalam masyarakat. Rakyat Lubnan berpecah kepada beberapa kumpulan, dan mereka saling bersaing untuk mendapat pengaruh dan kuasa. Antara kumpulan utama yang dimaksudkan itu adalah puak Kristian dan sekular (di bawah payung parti At-Tayyar al-Watani al- Horr dan parti At-Tayyar Marada), puak Syiah (yang berpayung di bawah parti Amal dan parti Hezbollah) dan puak Sunni (di bawah payung parti Tayar Al Mutakbal, Jamaah Al Islamiya, Al Karama dan Hizb Ittihad).
Akibat daripada persaingan untuk mendapat sokongan, pemimpin parti politik dari pelbagai kumpulan ini cenderung untuk beramal dengan amalan korupsi dan nepotisma. Dana kerajaan banyak dibazirkan. Ini kerana sebahagian akan disalurkan oleh pemimpin parti kepada penyokong masing-masing untuk memperkuatkan kedudukan politik mereka. Tidak hairan lah kerajaan Lubnan akhirnya terbelenggu dengan hutang yang banyak. Di dalam senarai kerajaan yang paling banyak berhutang (berbanding saiz ekonomi negara), Lubnan di tempat ketiga dengan hutang berbanding KNK ( atau saiz ekonomi negara) sebanyak 152 peratus.
Jelaslah bahawa satu lagi punca utama kepada masalah ekonomi Lubnan ialah kebergantungan yang tinggi kepada sumber hutang, terutama dari luar negara. Selama ini, keadaan tersebut dapat ditangani dengan cara bergantung kepada dana matawang luar (kebanyakannya dalam bentuk Dolar Amerika) yang disalurkan masuk ke negara Lubnan oleh rakyat Lubnan sendiri yang berkerja di luar negara. Tetapi sumber itu telah menurun secara mendadak dari 25 peratus berbanding KNK pada tahun 2008 menjadi hanya 14 peratus pada tahun 2019.
Masa depan ekonomi Lubnan sebenarnya sangat membimbangkan. Kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyatnya mungkin akan berterusan untuk jangka masa yang lama kerana dua faktor utama yang dibincangkan di atas tidak mudah untuk diselesaikan kerana ia sudah menular menjadi sebahagian dari nilai masyarakat.
Adalah diharapkan masalah ekonominya tidak akan menjadi punca kepada konflik ganas sektarian antara puak-puak yang bertelagah seperti yang telah berlaku pada tahun 1980-an yang telah mengorbankan ribuan nyawa.
Apa yang lebih penting bagi kita ialah untuk mengambil iktibar daripada masalah serius yang sedang dihadapi oleh Lubnan. Bagaimanakah kita hendak memastikan masalah yang sama tidak berlaku di negara ini?
Pengajaran pertama ialah amalan korupsi dan nepotisma oleh pemimpin politik tidak boleh dibiarkan berleluasa. Walaupun persaingan antara ahli politik dan antara parti politik tidak dapat dielakkan dalam sistem demokrasi berparlimen, namun ia mesti lah persaingan yang sihat dan bukan dengan cara penyalahgunaan kuasa dan amalan nepotisma. Rakyat hendaklah bijak untuk tidak diperalatkan oleh pemimpin yang akan cuba memainkan sentimen puak serta sentimen perkauman, walhal sebenarnya mereka dan kroni mereka sedang giat memperkayakan diri mereka.
Kedua, masyarakat kena berusaha untuk memastikan dana kerajaan tidak dibelanjakan oleh pemimpin untuk menyokong amalan korupsi dan nepotisma. Prinsip ketelusan dan akauntabiliti mesti diperkuatkan dalam sistem kewangan kerajaan. Sebenarnya amalan ini tidak mungkin berlaku jika keadaan kewangan negara tidak mencukupi. Malangnya keadaan kemampuan kewangan kerajaan ini sering kali dipalsukan atau dimanipulasikan dengan cara menambahkan hutang kerajaan.
Oleh itu, pengajaran penting yang ketiga ialah rakyat mestilah sensitif dengan keadaan keberhutangan kerajaan. Sebenarnya selagi institusi kewangan dari dalam dan luar negara sanggup memberi hutang kepada kerajaan, selagi itulah pemimpin yang memegang tampuk kuasa akan mengatakan bahawa kerajaan masih mampu untuk berbelanja. Hakikat bahawa sebenarnya kerajaan tidak mampu hanya akan disedari apabila institusi kewangan enggan memberi pinjaman lagi kepada kerajaan. Malangnya pada ketika itu, nasi sudah menjadi bubur. Itulah yang telah berlaku di Lubnan. Persoalannya adakah kita mahu menunggu nasi menjadi bubur di Malaysia juga?
**Prof Mohd Nazari Ismail bertugas di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
* Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sun Jul 19 2020
Punca utama kepada masalah Lubnan ialah sistem politik yang mempunyai unsur korupsi dan nepotisma yang berleluasa. - Gambar fail/AP Newsroom
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.