awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar, Haluk bincang usaha kukuh pertahanan Malaysia-Turkiye
FPA kecam sekatan media Israel ke Gaza, bawa isu ke Mahkamah Agung
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2022
05:37 MYT
Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor berdepan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat berikutan sebahagian daripada golongan itu memilih untuk bekerja dalam sektor kesihatan di seberang tambak. - Gambar hiasan BERNAMA
JOHOR BAHRU: Johor berdepan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat berikutan sebahagian daripada golongan itu memilih untuk bekerja dalam sektor kesihatan di seberang tambak.
Difahamkan, faktor tawaran gaji yang tinggi di Singapura menjadi antara sebab berlaku kekurangan jururawat di negeri itu.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, krisis jururawat di Johor akan dibincangkan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dalam satu pertemuan yang akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari kaedah penyelesaikan isu itu.
Menurut beliau, pada ketika ini, Johor merekodkan nisbah seorang jururawat bersamaan 297 pesakit berbanding nisbah normal seorang jururawat bersamaan 200 pesakit.
Tian Soon berkata, walaupun tiada statistik khusus jururawat warga tempatan yang bekerja di Singapura, namun, bilangan itu semakin meningkat saban tahun.
"Setiap tahun makin menambah (jumlah jururawat bekerja di Singapura), kerana sebelah sana (Singapura) tawarkan gaji yang sangat menarik,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat peringkat negeri Johor di Persada Johor, hari ini.
Kata Tian Soon, sekiranya pendapatan standard jururawat yang bekerja di Singapura ditukar nilainya ke Ringgit, jumlah yang diperoleh mereka menyamai gaji seorang doktor pakar di Malaysia.
Untuk rekod, terdapat 12,533 jururawat di negeri ini dengan pecahan 8,777 berkhidmat di hospital kerajaan dan 19 berstatus kontrak, sementara 3,737 jururawat lagi bekerja di hospital swasta.
Topic Berkaitan
#krisis jurarawat di Johor
#Johor kurang jururawat
#gaji lumayan di Singapura
#hari jururawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan