awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis MB: Sultan Kedah zahir kemurkaan - Mukhriz

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2016
13:45 MYT
Krisis MB: Sultan Kedah zahir kemurkaan - Mukhriz
MUKHRIZ: Ketidakhadiran mereka ke mesyuarat itu jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai penjawat awam serta ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat. - Gambar fail
Ketidakhadiran enam anggota Exco kerajaan negeri Kedah ke mesyuarat Exco pada 27 Januari lalu mencetuskan kemurkaan Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Keengganan menghadiri mesyuarat Exco menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan diatur kerajaan negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat
Jelas Mukhriz, ketidakhadiran mereka ke mesyuarat itu jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai penjawat awam serta ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat.
Perkara terbabit dimaklumkan Mukhriz dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.
Pada masa sama, Mukhriz mendesak kesemua 12 Ketua UMNO bahagian dan dua Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang terlibat dalam sidang media di Hotel Grand Alora 20 Januari lalu, memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Jelasnya, tindakan mengadakan sidang media untuk mendesak pertukaran jawatan menteri besar itu mencemari kemuliaan Sultan Kedah serta kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88.
Mukhriz berkata selaku pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Menteri Besar, beliau menerima khabar bahawa Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan itu.
Malah lebih dikesali, tindakan itu disertai Exco kerajaan negeri yang sudah berikrar taat setia kepada Raja pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Kedah
#MB
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#murka
#Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan