Krisis sempadan Thailand-Kemboja: Keadaan memang rumit, tidak mudah - Mohamed Khaled

Mohamed Khaled ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persiapan Operasi Murni ATM, di Wisma Pertahanan, di sini pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Keamanan antara Thailand dan Kemboja merupakan satu usaha berterusan yang memerlukan kerjasama semua pihak.
Ringkasan AI
- Keamanan antara Thailand dan Kemboja merupakan fokus usaha berterusan yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak, akui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
- Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja menimbulkan kesukaran, menyebabkan gencatan senjata dilanggar. Malaysia berperanan sebagai fasilitator dan menghantar pasukan pemantau ASEAN Observer Team (AOT) untuk mengurangkan konflik.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Thailand dan Kemboja dalam mematuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur, selepas insiden letupan yang menyebabkan cedera anggota tentera Thailand.
"Selain itu, penghantaran pasukan pemantau iaitu ASEAN Observer Team atau AOT sedang dilaksanakan," ujar Khaled ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persiapan Operasi Murni ATM, di Wisma Pertahanan, di sini pada Khamis.
Sebelum ini pada 10 November, Ketua Angkatan Tentera Thailand menggantung semua perjanjian damai dengan Kemboja berikutan insiden letupan periuk api berhampiran sempadan.
Empat anggota tentera Thailand yang sedang melakukan rondaan dilaporkan cedera dengan seorang kehilangan kaki kanannya.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjernihkan keadaan dengan menyatakan Thailand dan Kemboja komited memastikan pelaksanaan penuh Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Komitmen kedua-dua negara itu dicapai menerusi perbualan telefon empat pemimpin antara Anwar dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


