awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kriteria pemilikan rumah PR1MA kekal untuk skim 'Rent-to-Own'

Bernama
Bernama
15/04/2021
20:43 MYT
Kriteria pemilikan rumah PR1MA kekal untuk skim 'Rent-to-Own'
Jelas Shahidan Kassim, kriteria untuk memiliki kediaman PR1MA adalah kekal, walaupun pembelian dilakukan menerusi skim sewa untuk dimiliki yang akan dilancarkan Jun ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kriteria untuk memiliki kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) adalah kekal, walaupun pembelian dilakukan menerusi skim sewa untuk dimiliki (RTO) yang akan dilancarkan Jun ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
"Kita akan teruskan kriteria yang ditetapkan sebelum ini dan kita memberi jaminan projek yang dilaksanakan, mampu dimiliki oleh pembeli golongan M40.
"Saya akui memang kita ada berdepan beberapa cabaran termasuk isu kelewatan projek, namun PR1MA komited dalam memastikan agenda membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan ini, terus dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama-sama pengurusan dan kakitangan PR1MA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nazri Md Shariff.
Antara kriteria lain pemilikan kediaman PR1MA adalah pembeli mestilah warganegara Malaysia dan berstatus bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas.
Selasa lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata skim RTO membabitkan unit perumahan PR1MA di seluruh negara dijangka dilancarkan Jun ini dan mekanisme skim tersebut sedang diperhalusi kementerian dengan institusi perbankan.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada November lepas, kerajaan mengumumkan kerjasama dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan unit perumahan RTO hingga 2022, membabitkan 5,000 unit perumahan PR1MA di seluruh negara bernilai lebih RM1 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#PR1MA
#Kuala Lumpur
#kerajaan
#menteri
#Malaysia
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan