awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
UUM, LHDN Kedah teroka kerjasama strategik dalam akademik dan percukaian
Angka ekonomi positif berjaya perkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kronologi gurauan 'bom' di lapangan terbang tempatan

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2016
01:31 MYT
Kronologi gurauan 'bom' di lapangan terbang tempatan
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang juga pernah menerima ancaman bom palsu sehingga pesawat terpaksa patah balik - Foto fail
WALAU sudah diberi amaran berkali-kali oleh pihak berkuasa, masih ada penumpang pesawat komersil yang tidak bertanggungjawab membuat ‘gurauan bom’ sehingga mengganggu jadual penerbangan.
Sehingga Mei lalu, lapan kes kesalahan menyebut perkataan ‘bom’ di lapangan terbang direkodkan pada tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, lapor BH online.
Berikut merupakan antara insiden yang berlaku di beberapa lapangan terbang tempatan setakat ini:
27 Ogos 2014
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang Penerbangan: Malindo Air (Subang-Pulau Pinang)
Penerbangan ditangguh selepas seorang penumpang menyebut perkataan 'bom' ketika pemeriksaan. 37 penumpang yang telah menaiki pesawat diarah turun sebagai langkah keselamatan.
3 Disember 2015
Lokasi: KLIA Penerbangan: Air China (Kuala Lumpur-Beijing)
Seorang broker insurans bergurau dengan anak kapal bahawa bagasinya berisi dua butir bom. Warga China itu dijatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM7,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Sepang.
12 Januari 2016
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Penerbangan: Lion Air (Pulau Pinang-Kuala Lumpur)
Seorang wanita warga Indonesia mendakwa ada bom dalam bagasinya ketika pemeriksaan dijalankan. Walau mengaku sekadar bergurau, dia tetap ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
18 Mei 2016
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang Penerbangan: Subang-Singapura
Sebuah pesawat komersil berpatah balik selepas menerima panggilan ancaman bom. 30 penumpang dan empat anak kepal disiasat namun tiada bom ditemui.
21 Julai 2016
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Penerbangan: Kuching-Kota Bharu
Seorang anggota tentera itu mendakwa membawa bom dalam beg dan memberitahu kakitangan syarikat penerbangan dia akan meletupkan pesawat. Unit pemusnah bom menyiasat dan tiada bom dijumpai. Yang ada cuma pakaian, kek lapis, dan ikan terubuk.
22 Julai 2016
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Penerbangan: AirAsia Indonesia (Pulau Pinang-Jakarta)
Pasangan suami isteri warga Indonesia bergurau mempunyai bom di dalam bagasi mereka menyebabkan penerbangan tertangguh dua jam. Mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau dan didenda RM1,000 atas kesalahan tersebut.
14 Ogos 2016
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Penerbangan: Kota Kinabalu-Kuala Lumpur
Seorang penjawat awam disiasat polis selepas bergurau bagasinya berisi bom ketika mendaftar masuk. Tiada objek mencurigakan atau bom ditemukan dalam bagasi suspek selepas siasatan dilakukan.
16 Ogos 2016
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Penerbangan: Melaka-Pekanbaru
Penerbangan dari Melaka ke Pekanbaru, Indonesia tertunda selama dua jam selepas pekerja di kaunter jualan tiket mendakwa terdengar perkataan bom dalam perbualan antara sepasang suami isteri.
Apabila pihak polis Melaka Tengah tiba di lapangan terbang untuk membuat pemeriksaan dan tidak menjumpai sebarang bahan berbentuk letupan, penerbangan tersebut dibenarkan untuk berlepas.
Topic Berkaitan
#bom lapangan terbang
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan