awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SPRM mohon lucut hak Menara Ilham, beberapa aset milik Tun Daim, isteri
SUKAN
Piala Negara-Negara CAFA medan asah mentaliti pemain Harimau Malaya - Penganalisis
BISNES
AMNC25: Perdagangan global di ambang perubahan ketara, kuasa ekonomi beralih ke Negara-Negara Selatan - Li Qiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kronologi kes Ahmad Zahid

Dinni Azween Zakaria, Faida Rahim
Dinni Azween Zakaria, Faida Rahim
04/09/2023
08:44 MYT
Sponsor Banner
Kronologi kes Ahmad Zahid
Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. -Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.


Berikut kronologi kes Ahmad Zahid:


3 Julai 2018 Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi (YAB).
10 Oktober 2018 Ahmad Zahid memberi keterangan kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana YAB.
11 Oktober 2018 Ahmad Zahid memberi keterangan kali ketiga kepada SPRM berhubung kes sama.
18 Oktober 2018 Ahmad Zahid ditahan SPRM berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana yayasan itu.
19 Oktober 2018 Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.
28 Februari 2019 Kes di Mahkamah Sesyen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
18 November 2019 Perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bermula.
10 Ogos 2020 Pada hari ke-49 perbicaraan, pasukan pendakwaan meminda 12 pertuduhan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
19 Mac 2021 Pendakwaan menutup kesnya selepas 53 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 99 orang saksi.
24 Ogos 2021 Mahkamah Tinggi mengeluarkan sapina kepada seorang doktor pakar dari hospital swasta Shah Alam, bagi memberi penjelasan keadaan kesihatan Ahmad Zahid, selepas tertuduh tidak hadir prosiding kesnya.
7 Oktober 2021 Ahmad Zahid membuat permohonan di Mahkamah Tinggi supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Jerman untuk mendapat rawatan tulang belakang.
11 Oktober 2021 Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mengembalikan pasportnya bagi mendapatkan rawatan itu.
22 November 2021 Perbicaraan kes ditangguhkan selepas prosiding berlangsung seketika kerana peguam bela Ahmad Zahid diserang penyakit gout.
6 Disember 2021 Hakim Collin menetapkan 24 Januari 2022 untuk keputusan kes di akhir kes pendakwaan.
24 Januari 2022 Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
8 Disember 2022 Ahmad Zahid telah mengemukakan representasi pertama kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
24 Ogos 2023 Pihak pembelaan memohon Peguam Negara (AG) menyegerakan keputusan representasi bagi mengkaji semua pertuduhan terhadap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini.
4 September 2023 Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#pengubahan wang haram
#Zahid Hamidi
#AMLA
#Yayasan Akalbudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami