TAPAH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam peringkat akhir memperhalusi sistem “e-wages” yang bakal dilancarkan untuk memastikan setiap pekerja di negara ini termasuk warga asing dibayar gaji dan upah seperti yang dijanjikan majikan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata dengan menggunakan sistem itu, ia dijangka dapat mengawal selia majikan yang tidak membayar atau lewat membayar gaji pekerja di semua sektor yang sering menjadi isu di negara ini.
“Apabila kita amalkan sistem ‘e-wages’ ini dan setiap majikan diwajibkan membayar gaji sebelum 7 haribulan setiap bulan, dan jika mereka tidak bayar, kita akan dapat maklumat awal,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Dermasiswa D’Sara Parlimen Tapah dan menyampaikan sumbangan Ramadan
kepada Masjid dan Surau Parlimen Tapah di Kompleks Sukan Tapah di sini hari ini.
Saravanan berkata demikian ketika mengulas dakwaan terdapat majikan yang melaporkan kepada Jabatan Imigresen supaya membuat serbuan ke atas pekerja asing mereka sendiri bagi mengelak daripada membayar gaji pekerja.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada KDN yang bersetuju berkongsi platform sedia ada di kementerian berkenaan.
“Walaupun KSM dipertanggungjawabkan membela nasib pekerja sama ada rakyat tempatan atau asing, kita tidak (ada) akses menilai menggunakan platform sedia ada di KDN.
"Dengan persetujuan berkongsi platform, maka apabila kita amalkan “e-wages”, kita akan dapat maklumat awal. Tidak perlu tunggu aduan daripada pekerja sebaik majikan mereka tidak bayar, kita akan dapat maklumat dan kita akan ambil tindakan,” jelasnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai program berkenaan, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata seramai 100 murid Tahun 4 dipilih untuk menyertai program dermasiswa berkenaan yang akan membiayai yuran sekolah mereka serta pelbagai pembelajaan melibatkan pendidikan sehingga tingkatan lima.
“Kesemua perbelanjaan ini akan ditanggung Pertubuhan Pendidikan Anak Tapah yang mana ia adalah usaha melahirkan pelajar cemerlang di Parlimen Tapah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya sambil berharap sekiranya program itu dapat diperluaskan di parlimen lain dengan bantuan
Kementerian Pendidikan.
Selain itu, pada program yang sama, sebanyak 16 masjid menerima peruntukan sebanyak RM4,000 manakala 79 surau menerima sebanyak RM1,800 di Parlimen Tapah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Datuk Seri M Saravanan berkata dengan menggunakan sistem itu, ia dijangka dapat mengawal selia majikan yang tidak membayar atau lewat membayar gaji pekerja di semua sektor yang sering menjadi isu di negara ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Majikan dibenar menggaji pekerja asing diberhentikan majikan lama - KSM
KSM menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.