awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB henti operasi tren Stesen JBS - Kempas baru mulai Selasa

Bernama
Bernama
20/11/2021
02:40 MYT
KTMB henti operasi tren Stesen JBS - Kempas baru mulai Selasa
Mulai Selasa ini, penumpang yang membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas Baru berkuat kuasa Selasa ini (23 Nov) hingga Mei tahun depan.
Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata ia berikutan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JBS (PLBEGJB) yang dijalankan di antara kedua-dua stesen berkenaan.
"Berikutan itu, operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan JBS-Gemas-JBS dan tren Ekspres Rakyat Timuran bagi laluan JBS-Tumpat-JBS akan mengalami perubahan.
"Bagi perkhidmatan Shuttle Tebrau antara JBS-Woodlands-JBS masih tidak beroperasi sehingga kerja-kerja pembinaan ini selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mulai Selasa ini, penumpang yang membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru kerana perkhidmatan tren tamat dan bermula di stesen itu.
Menurut Mohd Zain, penumpang yang membeli tiket dari atau ke JBS serta tidak berhasrat untuk meneruskan perjalanan, pemulangan tambang penuh akan dikreditkan ke dalam KTM Wallet melalui aplikasi KTMB Mobile.
"KTMB akan bekerjasama dengan syarikat e-hailing untuk memastikan ketersediaan pengangkutan alternatif di stesen terlibat," katanya sambil menambah pengguna disarankan merancang perjalanan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menghadapi kesukaran pada masa akan datang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan jadual terkini dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200.
PLBEGJB di sepanjang 192 kilometer merentas empat daerah iaitu, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru telah bermula pada Dis 2016 dan dijangka siap pada Jun 2023 sekali gus melengkapkan laluan landasan berkembar di Kawasan Pantai Barat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#PLBEGJB
#henti operasi tren
#Mohd Zain Mat Taha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan