IPOH: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan peningkatan sehingga 2,000 pengguna perkhidmatan perjalanan Ipoh-Butterworth sehari susulan pembukaan tiga stesen baharu KTM Komuter Utara iaitu stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.
Ketua Pegawai Korporat KTMB, Mohamed Suhaimi Yaacob berkata sebelum ini pengguna perkhidmatan komuter laluan itu hanya kira-kira 1,500 orang sehari.
Katanya inisiatif itu akan turut memberi manfaat kepada penumpang dalam kalangan pekerja dan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi.
“Jadi, dengan adanya perkhidmatan KTM Komuter Utara yang membabitkan penambahan tiga stesen baharu ini akan meningkatkan jumlah pengguna kepada 2,000 orang.
“Ini akan lebih ketara apabila tiba pada waktu puncak termasuk pada hujung minggu dan cuti umum,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Hari Terbuka KTMB 2023 bersempena dengan sambutan Hari Malaysia di Stesen KTM Ipoh, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.
Dalam pada itu, Mohamed Suhaimi berkata perkhidmatan KTM Komuter Utara membabitkan 20 perjalanan ulang alik melalui 23 stesen sehari.
“Kekerapan bagi satu kereta api komuter kepada satu komuter lain adalah satu jam bagi waktu biasa, sementara dua jam bagi waktu puncak.
“Namun, kami merancang untuk menambah baik sistem perkhidmatan ini dengan menambah lebih banyak bilangan gerabak pada masa akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, Sze Yee berkata, pembukaan tiga stesen baharu bagi perjalanan komuter ke utara bermula hari ini bakal merancakkan lagi sektor pelancongan negeri terutama menjelang Tahun Melawat Perak 2024.
Katanya lagi, ia memberi pilihan kepada pengguna yang mahu mengelakkan kesesakan trafik terutama di lebuh raya.
"Perkhidmatan ini akan merancakkan lagi pergerakan dua hala bukan sahaja dari segi komersial dan industri malah dalam aspek pelancongan," jelasnya.
Perjalanan dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh mengambil masa selama satu jam 56 minit, dengan kadar tambang dewasa RM12.80 sehala, manakala kadar tambang konsensi bagi kanak-kanak, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) ialah RM6.40 sehala.
Tren pertama dari stesen Ipoh ke stesen Butterworth bermula 4.40 pagi, manakala dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh pada 5.30 pagi, dengan tren terakhir yang beroperasi dari stesen Ipoh pukul 6.35 petang, sementara dari stesen Butterworth 7.10 malam.
Amirrul Rabbani
Sat Sep 16 2023
KTMB menganjurkan Hari Terbuka KTMB 2023 bersempena dengan sambutan Hari Malaysia di Stesen KTM Ipoh, pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
Hasil sektor perkhidmatan naik 6.1 peratus kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - Perangkaan
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion.
Kerajaan Negeri Sembilan tidak pinggir DUN diwakili pembangkang - MB
Kerajaan Negeri Sembilan tidak meminggirkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili pembangkang di negeri ini.
Persatuan Bola Sepak Singapura doakan Faisal Halim segera sembuh
FAS bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai
Kira-kira 80,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah berikutan serangan Israel
UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan
Jualan borong, runcit catat rekod RM145.7 bilion pada Mac
Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM145.7 bilion pada Mac dengan suku tahun pertama 2024 mencatatkan RM429.2 bilion.
Gabungan Dewan Perniagaan mahu GST diperkenal semula
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyarankan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula sebagai langkah terbaik meningkatkan hasil kerajaan.
Rizab antarabangsa BNM berkurang satu bilion dolar Amerika
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak 1.0 bilion dolar Amerika atau -0.9% bulan ke bulan (MOM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Nilai semasa Ringgit tidak cerminkan ekonomi negara
Ringgit pada masa ini tidak mencerminkan asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
KTMB sasar pertambahan 2,000 pengguna harian KTM Komuter Utara
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan penambahan seramai 2,000 penumpang sehari menggunakan KTM Komuter Utara, dari tiga stesen baharunya iaitu Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.
12 unit tren tiga gerabak untuk KTMB komuter utara pada 2025
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menambah sebanyak 12 unit tren tiga gerabak pada 2025 untuk menambah baik perkhidmatan Komuter Utara bagi keselesaan para penumpang.