Menjelang penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia beberapa bulan lagi oleh syarikat baharu Media Mulia, bekas pengarang kanan akhbar berkenaan, Ku Seman Ku Hussain ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Pengarang di organisasi tersebut.
Bagaimanapun, Ku Seman yang pernah mengetuai penerbitan Mingguan Malaysia difahamkan telah menolak tawaran berkenaan.
Menurut sumber, penolakan berkenaan dibuat Ku Seman telah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi syarikat yang akan menerbitkan akhbar Melayu berpengaruh itu.
Difahamkan Ketua Pengarang Malaysia Reserve, Azlan Jaafar dilantik sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia.
"Ya benar, Ku Seman telah menolak pelawaan itu dengan cara yang baik. Pihak pengurusan sedang dipertimbangkan nama lain untuk mengisi jawatan nombor dua itu," kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.
Usaha Astro AWANI menghubungi Ku Seman bagi mendapatkan reaksinya, bagaimanapun, gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan di aplikasi WhatsApp.
BACA: Utusan tutup operasi hari ini
BACA: Penutupan Utusan sudah dijangka tapi bukan sebegini pantas - Ku Seman
BACA: Utusan 'baharu' perlu neutral, bebas campur tangan kerajaan, parti politik - Penganalisis
Ku Seman merupakan antara wartawan prolifik yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dengan syarikat Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo, Kosmo Ahad dan Utusan Melayu (jawi).
Beliau meninggalkan syarikat itu pada April 2016 selepas ditawarkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Utusan Karya.
Ku Seman ditawarkan jawatan CEO berikutan kontroversi tulisannya dalam akhbar Mingguan Malaysia yang tidak selari dengan perkembangan politik tanah air ketika itu.
Dalam satu artikel tulisannya, Ku Seman pernah mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia (ketika itu), Datuk Seri Salleh Said Keruak berdebat isu dana politik RM2.6 bilion yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Selepas meninggalkan Utusan, Ku Seman memberi tumpuan dalam bidang penulisan di portal KUSEMAN.COM.
Perubahan dalam industri media telah memaksa Utusan menutup operasinya pada 9 Oktober tahun lalu.
Sebelum penutupan itu, pelbagai langkah penstrukturan semula dilakukan termasuk UMNO menjual kepentingan sahamnya kepada Pengerus Eksekutif Utusan, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir melalui syarikatnya, Opulence Asia Sdn Bhd.
Aziz kemudiannya memindahkan permit penerbitan akhbar kepada Dilof Sdn. Bhd. sebelum menjual 70 peratus saham kepada firma Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan jutawan ternama, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Berikutan itu, Aroura Mulia yang kini dikenali sebagai Media Mulia memiliki permit penerbitan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad.
Dalam kalangan penggiat politik serta pengamal industri media tanah air, masing-masing ternanti-nanti personaliti mana yang akan mengetuai penerbitan akhbar-akhbar berkenaan.
Pengurusan tertinggi editorial lazimnya akan menentukan hala tuju sesebuah akhbar.
Saharudin Musthafa
Wed Feb 12 2020

Ku Seman yang pernah mengetuai penerbitan Mingguan Malaysia difahamkan telah menolak tawaran sebagai Timbalan Ketua Pengarang seperti yang ditawarkan oleh Media Mulia kepadanya.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Perkembangan kes tembak di Kuching
Bersama ditalian, wakil AWANI Borneo, Rudi Affendi Khalik, bagi mendapatkan perkembangan berhubung kes tembak di Kuching.
AWANI Ringkas: Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia.
Capaian internet di Sepilok akan ditingkatkan segera
Capaian internet di kawasan pelancongan utama di Sepilok, Sandakan AKAN menikmati capaian internet yang lebih pantas dan stabiL sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesalinghubungan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Agong zahir penghargaan kepada penyokong setia JDT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 dan menghargai sokongan padu penyokong setia.
Agong zahir ucapan selamat, hargai jasa warga TLDM
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengucapkan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warganya, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dengan angkatan itu.
39 KRT Sarawak dipilih KRT progresif - Aaron
Sebanyak 39 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sarawak dipilih sebagai KRT Progresif, dengan peruntukan sehingga RM100,000 setahun untuk program dalam lapan bidang utama.

USIM universiti pilihan majikan industri
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara universiti awam diiktiraf sebagai Universiti Pilihan Majikan dalam bidang kebolehpasaran siswazah oleh badan industri ternama, Talentbank.

Ku Seman tolak tawaran jawatan TKP Utusan
Ku Seman Ku Hussain yang ditawarkan sebagai Timbalan Ketua Pengarang Utusan (baharu) telah menolak jawatan berkenaan.