Spekulasi sama ada Datuk Bandar Kuala Lumpur sedia ada bakal digantikan kini terus bertambah hangat.
Hal ini kerana Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dikatakan bakal bersara awal pada penghujung bulan depan.
Mhd Amin Nordin, 63, sepatutnya bersara pada 18 Julai 2017 namun perkhidmatannya disambung kerajaan terdahulu secara kontrak selama dua tahun sehingga Julai 2019.
Menurut sumber, beliau dinasihatkan untuk menamatkan kontraknya dan bersara awal pada bulan depan, setelah kerajaan Pakatan Harapan menyatakan berhasrat untuk meletakkan calon bagi menggantikan beliau.
Namun, Mhd Amin Nordin ketika dihubungi media baru-baru ini terus mengunci mulut mengenai perkara ini.
"Anda akan tahu kemudian, tunggu dan lihat sahaja," katanya secara ringkas.
Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai timbalan pengarah di Jabatan Landskap DBKL pada 1978 ketika berusia 22 tahun.
Beliau juga merupakan antara pegawai yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran seramai 10 orang Datuk Bandar Kuala Lumpur, termasuk di bawah Allahyarham Tan Sri Elyas Omar sebagai pegawai khasnya selama empat tahun.
Terdapat desas-desus bahawa sudah ada lima nama disenarai pendek untuk memikul tanggungjawab Datuk Bandar ke-12.
Antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Mhd Amin adalah bekas Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Nor Hisham bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun memegang jawatan tersebut sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau di MPSJ.
Beliau mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Anggota parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga bekas anggota lembaga pengarah DBKL tidak menafikan atau mengiyakan tentang pelantikan Datuk Bandar yang baharu ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Katanya beberapa mesyuarat ataupun acara-acara khas DBKL jarang kelihatan lagi keterlibatan Datuk Bandar sejak kebelakangan ini kerana sering diganti oleh pengarah-pengarah eksekutifnya.
"Saya ada mendengar bahawa beliau dinasihatkan untuk bersara awal namun tidak pasti lagi kerana DBKL masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
"Walau bagaimanapun, Datuk Bandar harus digantikan dengan calon yang boleh serasi dengan Kementerian Wilayah dari segi pembangunan ibu kota dan bukan hanya menjadi 'pak turut' kepada menteri sahaja," kata Tan.
Beliau berkata jawatan Datuk Bandar ibarat 'kerusi panas' kerana tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul dalam menguruskan hal-hal perbandaran dan pembangunan ibu kota.
"Datuk Bandar bukan sahaja seorang individu yang berintegriti dalam melaksanakan tugas, tetapi juga perlu sedia mendengar suara hati warga kota di pelbagai pe-ringkat selain menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terbesar dalam membuat keputusan," katanya.
"Sebelum ini, Datuk Bandar dilihat hanya menjadi pak turut kepada kementerian Wilayah Persekutuan kerana beliau dilihat tidak boleh membuat keputusan sendiri dan segala projek ataupun rancangan-rancangan pembangunan ibu kota mendapat kelulusan terus daripada menteri.
"Namun, segala keputusan mengenai pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong," kata Tan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018

Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di DBKL. - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura [INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28294374291610943225656/1886054_8967789641610943263788_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura
nfografik fakta Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Siasatan menyeluruh dakwaan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari
Kerajaan negeri juga mengarahkan supaya sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan.

Peperiksaan utama: Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Norhafiz Zamani umum persaraan, ceburi bidang kejurulatihan
Dengan mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun, bekas pertahanan Negeri Sembilan itu akan membuka lembaran baru sebagai penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Shalin bersara daripada mewakili skuad tenpin boling negara
Ratu tenpin boling negara dan bekas juara dunia Shalin Zulkifli hari ini secara rasminya mengundur diri daripada mewakili Malaysia.

Safee belum sedia untuk bersara
Status Safee jadi tanda tanya selepas kontraknya bersama PJ City tidak dilanjutkan.

Pemimpin DAP umum bersara selepas 25 tahun jadi wakil rakyat
Chang Khim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru Klang mengumumkan persaraannya selepas 25 tahun menjadi wakil rakyat.

PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Elak sentuh wang persaraan KWSP, kena ada simpanan kecemasan
Pelbagai cadangan drastik dan luar jangka terpaksa diberikan bagi memastikan semua pihak yang terjejas dengan penularan virus COVID-19 ini dapat meneruskan kehidupan mereka.

Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sisi... antara sebab Khabib bersara
Juara lightweight UFC itu membuat keputusan untuk bersara dari sukan MMA di saat kariernya sedang memuncak.

Vettel patut pilih untuk bersara - Jackie Stewart
Vettel mengakui sebelum menandatangani dengan Aston Martin bahawa bersara adalah pilihan yang sedang dipertimbangkan, dan Stewart berasakan meninggalkan F1 pasti menjadi pilihan yang baik.

Lebih 50 peratus pencarum KWSP berumur 54 tahun simpan kurang RM50,000
Menurut KWSP, secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.

Pejuang kemerdekaan kini terlantar akibat angin ahmar
Husin Sani, 81, kini dijaga secara bergilir-gilir oleh 23 anaknya kerana beliau tidak mampu lagi menguruskan diri dan terpaksa diberikan minuman susu menerusi tiub.