awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur anjur Persidangan Tahunan Kelapan Nuclear Power Asia

Bernama
Bernama
02/02/2017
23:17 MYT
Kuala Lumpur anjur Persidangan Tahunan Kelapan Nuclear Power Asia
Persidangan Tahunan Kelapan Nuclear Power Asia bakal menarik minat mereka yang terlibat dalam pembangunan nuklear di Asia. - Gambar fail
Persidangan Tahunan Kelapan Nuclear Power Asia yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2017 di sini, akan menarik pengawal selia, agensi-agensi tenaga nuklear, operator dan pemberi lesen daripada komuniti nuklear antarabangsa dan mereka yang terlibat dalam pembangunan nuklear di Asia.
Lebih daripada 30 penceramah akan berkongsi wawasan bagaimana nuklear boleh membentuk semula landskap ekonomi dan tenaga serantau, dengan fokus khusus ke atas keunikan cabaran yang dihadapi ASEAN.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri akan menyampaikan ucapan pembukaan yang akan menyentuh rancangan pembangunan nuklear Malaysia.
Para penceramah akan diketuai oleh Pengarah Bahagian Tenaga Nuklear, Jabatan Tenaga Nuklear, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Dohee Hahn, beliau akan memberikan ucaptama, mengenai pembangunan kuasa nuklear global dari perspektif IAEA.
Yang lain termasuk:
*Dr. Gerald Ouzounian, Pengarah Bahagian Antarabangsa, Agensi Pengurusan Sisa Radioaktif Peranchis (Andra), akan membincangkan dari sudut perspektif antarabangsa berhubung dengan pengurusan sisa nuklear termasuk membangunkan dasar untuk penyahtauliahan, pengurusan dan pelupusan sisa.
* Dr Sanjayan Velautham, Pengarah Eksekutif Pusat Tenaga ASEAN, yang akan memberi ucaptama mengenai pembangunan tenaga nuklear di Asia dengan tumpuan khusus kepada ASEAN.
* Haomiao Lin, Pengurus Projek Serantau China National Nuclear Corporation (CNNC), yang akan bercakap mengenai strategi-strategi untuk pembangunan sumber manusia bagi negara-negara yang baru menceburi bidang tenaga nuklear.
* Edward McGinnis, Timbalan Penolong Setiausaha Antarabangsa untuk Kerjasama dan Dasar Tenaga Nuklear Antarabangsa, Pejabat Tenaga Nuklear, Jabatan Tenaga Amerika Syarikat pula akan membincangkan peranan tenaga nuklear dalam masa depan karbon yang rendah, termasuk gabungan antara nuklear dan sumber boleh diperbaharui bagi melawan perubahan iklim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CNNC
#IAEA
#Persidangan Tahunan Kelapan Nuclear Power Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan