KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata Kuala Lumpur bakal menjadi wilayah kedua yang mencapai 80 peratus vaksinasi selepas Labuan.

Selain itu, Annuar juga menjelaskan Kuala Lumpur merupakan ibukota terawal di dunia yang berjaya mencapai 80 peratus penduduk yang lengkap divaksin.

"KL perlu buat persiapan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun secara berperingkat. Kegiatan ekonomi dan kehidupan rakyat mula dibuka.

"Saya bercadang membentuk jawatankuasa penasihat pemulihan WP yang terdiri dari ahli parlimen UMNO, Bersatu, DAP, PKR, Senator, tokoh NGO dan korporat serta lain-lain.

"Jawatankuasa ini dapat bersama membantu pelaksanaan program pemulihan yang berkesan di Wilayah Persekutuan," katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya.

Sehingga Khamis, sebanyak 78 peratus penduduk di Kuala Lumpur telah lengkap divaksin sepenuhnya.

Beberapa program telah dilancarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mencapai sasarannya.

 
Sumber Facebook tansri.annuarmusa