MALAYSIA
Kuala Lumpur destinasi pilihan utama percutian mikro untuk penginapan semalaman di Asia

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tempat teratas bagi destinasi percutian mikro untuk penginapan semalaman di Asia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tempat teratas bagi destinasi percutian mikro untuk penginapan semalaman di Asia, sementara Pulau Pinang di tangga kesembilan, menurut tempahan dibuat menerusi platform pelancongan digital Agoda, bagi tempoh Iima bulan pertama tahun ini.
Ringkasan AI
- Kuala Lumpur menduduki tempat pertama dan Pulau Pinang tempat kesembilan sebagai destinasi percutian mikro di Asia menurut Agoda.
- Destinasi seperti KL dan Pulau Pinang menarik kerana budaya, akses mudah dan kos berpatutan untuk percutian singkat.
- Perjalanan mikro semakin popular kerana ia membolehkan pengembara bercuti sekejap tanpa perancangan rumit.
"Destinasi seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menunjukkan bagaimana penginapan semalaman boleh menawarkan pengalaman menarik dan tidak dapat dilupakan, sama seperti percutian lebih panjang," katanya dalam kenyataan.
Mengikut data Agoda, Seoul (Korea Selatan) berada di tempat kedua senarai, diikuti Taipei (Taiwan), Manila (Filipina), Pattaya (Thailand), Jeju (Korea Selatan), Nagoya (Jepun) dan Kaohsiung (Taiwan), manakala Surabaya (Indonesia) di kedudukan ke-10.
Agoda menggambarkan Kuala Lumpur sebagai destinasi ideal untuk percutian 24 jam bagi melarikan diri daripada kesibukan bandar, dengan menawarkan pelbagai tarikan seperti bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas, pasar malam serta kepelbagaian budaya makanan jalanan yang meriah dan menarik.
Agoda memaklumkan perjalanan mikro terus menarik minat pengembara moden yang mencari percutian segera dan menjimatkan kos dengan perancangan minimum.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami